Wednesday, February 27, 2013

N'Craft On Blog!

Assalamualaikum, 

N'Craft Blog (click here to look further)

Setelah naik turun, naik turun, akhirnya berjaya juga buat satu lagi blog untuk bisnes sendiri. Macam orang cakap, bisnes itu risiko. Memang risiko!! Sebenarnya ramai orang yang jadi usahawan ni, kalau yang online bisnes tu rasanya beribu-ribu kot, tapi...hanya seciput sahaja yang berjaya dengan gilang-gemilang. Ececece. Tapi disebalik gilang-gemilang diorang tu, mestila macam-macam rintangan diorang kan. Paham-paham. *Bersemangat*. 

Soooo, dengan itula aku nak pertingkatkan lagi bisnes dengan tukar strategi promosi. Kalau dulu, selalu promote pada kawan-kawan terdekat sahaja, tapi sekarang..nak cari orang luar pula. Yosh! Ada orang fikir 'Ala..loser gila bisnes orang tu, kawan-kawan je yang beli. podahhh'. Haaa ni dia podah hang. Tahap permulaan memang la kawan-kawan yang start membeli dahulu, nanti lama-lama tersebar la pada orang lain pulak. Yang pasti jangan cepat berputus-asa. 

Ada orang buka je bisnes, dah terus maju. Sebab? Populariti. Yup, kalau dah dari mula memang popular, kau orang buka bisnes pun, for sure cepat laku. ye dak? Haaaa.. So tak payah nak pelik sangat la. 

Yang penting, jangan putus asa dan teruskan usaha :) Macam tu juga dengan pelajaran dan bekerja. Chawwww~ 


p/s: Oh ya, aku nak jemput korang like page FB aku, N'Craft. Link dia ada kat sidebar blog dalam gambar tu. Kalau malas jugak nak pergi sana, haaa kat sini je sudah ----> N'Craft FB page. 

Monday, September 24, 2012

Aniey Rizreni New Online Page

Yuhuuu!! 0ne month no see haaa.. kiki. Ye ye, nak update blog ler ni. By the way, ada something interesting happening lately. My mum dah buat shopping online untuk produk Rizreni!! So, sesiapa yang duduk jauh dan teringin nak beli produk Rizreni ni boleh la order kat page ini:


Tu bukan gambar mak aku tau..tu model Rizreni. hihi 

Ini kali kedua aku post pasal produk Rizreni. Yang first tu korang boleh baca kat sini. Aku jenis segan nak promote produk muka pada kawan-kawan ni. Yela, bukan all the time muka nak nampak okey kan. Dah nama pun student, perempuan lagi tu, so al-maklum la kalau keadaan muka not all the time nampak bagus kan. muehehe. Lagi-lagi kalau tahap malas tu datang. lalala. 

Tapi pernah sekali aku promote produk ni pada kawan lelaki aku. Sebab kesihan tengok muka dia penuh dengan jerawat batuss, so aku pun suruh jela dia try. Try je pun. Time tu ada satu produk tu baru je dibuat dan dalam percubaan so harga RM10 je mak aku jual yang sekarang dah berpuluh kot tak silap aku. Untung mamat tu. Sebab aku malas nak jadi orang tengah, so aku suruh dia sendiri pi contact mak aku. Mak aku bukan makan orang pun. Grr. Lama-lama aku pun dah lost contact dengan kawan aku tu, sebab yela..kawan lelaki ni mana boleh kawan rapat lama sangat, lain la kalau yang special ye dakk. hehe. Lagipun time tu baru nak start masuk belajar kat UNIMAS, so busy la sikit kan. Bila teringat kat kawan aku tu, baru tanya mak ape jadi kat muka dak tu, berkesan ke tak? Mak kata alhamdulillah jerawat dak tu dah surut. Tapi setakat tu je berita kawan aku tu, sebab dia pun dah start masuk belajar. Busy! 

Clean face, confident level rises! 

My sis yang liang pori terbuka banyakkkk pun aku tengok dah makin ok sekarang ni. Muka dia lagi ok dari ok kot! Mana aci, dia duduk rumah..senang la nak dapat stok rizreni bila habis. huhu. 

By the way, even Fatin Suhana pun pernah pakai produk Rizreni ni. Aku pun kenal dia dari dulu lagi, time sekolah menengah. Tapi tak berapa rapat, sebab aku ni pemalu sikit orangnya. chewaaahh! Dari video youtube pun pernah dia cakap pasal produk Rizreni ni. Korang check it out sendiri la ye video tu, link dah diberi kat bawah ni.

Makeup Mumbling Vid
Nak cuba produk baru tu tak salah, tapi sila consult pada orang yang betul sebab tak semua cara pemakaian tu sama untuk semua produk. So guys! All the best! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...