Tuesday, August 30, 2011

Typical Malaysian: Duit Raya ku~ T-T

Masa kecik-kecik (Sekolah rendah)

Hari raya memang hari yang paling dinanti-nantikan sebab gerenti dapat duit raya banyak punya. Asal pergi salam sahaja, mesti akan dapat sampul raya with money inside it \\(^-^)//. Kutip-kutip. Semua pakcik dan makcik akan diserang secara beradap dengan menghulur tangan nak salam *konon*. Pastu mula buat muka excited nak duit raya. Bila dah dapat, simpan terus dalam poket. Mula la poket makin gelembung so, handbag ibu jadi mangsa, penuh dengan kertas sampul. Bila masuk dalam kereta, first thing to do:- Buka sampul raya. Kira duit. $$$. Dah siap kira dengan senyuman melebar sampai ke telinga, compare jumlah duit raya dengan adik-beradik. Pantang kalau ada yang lebih sikit. Mesti nak rasa jelous. Lepas tu, berusaha kumpul duit raya sebab nak menang "Sape lagi banyak duit raya?". Dengan semangat kental, sanggup pergi rumah ke rumah(yang tak dikenali tau) sebab nak kutip duit raya. Kalau tuan rumah bagi sikit (selalunya RM0.50 - RM 1.00), mesti nak marah-marah. "Ish ish ish, anak sapa la ni?". Sanggup redah panas terik sebab duit raya. Itu zaman kecik-kecik.

perghhh..
Masa kecik-kecik Part II (Menengah rendah)
Aktiviti-aktiviti kutip duit raya sudah berhenti beroperasi sebab rasa diri dah besar (tapi jelous tengok adik dapat pergi kutip duit). Dengan berbekalkan umur yang masih dianggap 'boleh terima duit raya', jumlah duit raya yang dikumpul agak tahan. Sebab dah besar sikit, so duit raya up jadi RM2-5. Bahagia tu~ 

Masa kecik-kecik Part III (Menengah tinggi). 
Aktiviti masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma kali ini kena sentiasa berkepit dengan mak sebab kena tolong kat dapur. Oh dem. Dengan berbekalkan muka bersimpati sekali lagi, duit raya dapat dikumpul tapi dengan jumlah sedikittt berkurang. Dislike this. Tanda-tanda muflis makin dekat.
muka stress giler *_*
Masa di Matriks
OK. Semua pakcik dan makcik dah makin meragui kebesaran saya untuk menerima duit raya. Tapi, jangan bimbang, duit raya still berjaya dikumpul. Dan lagi sekali semakin berkurangan. Yang paling best adalah..kadang-kadang ada makcik bagi duit lagi banyak dari adik, so kat situ dapat berbangga serba sedikit walaupun tumpas di saat-saat akhir. 

Masa Universiti
Emmmm. Jumlah duit raya yang dikumpul tak jauh berbeza dengan adik. Sebab dia pun sudah makin besar. Saya bahagia sebab ada geng. Yes! Tahap dimana duit raya semakin sikit. 
Ini TIDAK adil T-T
Masa sekarang (habis belajar walaupun belum kerja dan konvo)
Makcik panggil jangan balik lagi, nak bagi duit raya. Saya dari jauh dah tersenyum-senyum. Sengaja berjalan keluar dengan perlahan-lahan. Adik dan yang lain dah dalam kereta. Bila makcik sampai, ada satu sahaja sampul. Saya dah rasa tak sedap ati. Rupa-rupanya, dengan tersenyum makcik saya cakap "Duit raya ni untuk rina, awak tak payah kan, dah besar". Saya ambil sampul tu dengan berat hati. "Baikk". Dalam kereta, terus bukak, pastu tersenyum. Adik dah tanya, untuk dia tak ada ke? Saya tutup balik sampul tu, then  bagi pada adik semula.

Conclusionnya:
Semakin meningkat umur, semakin sedikit duit raya yang dapat dikumpulkan. 
Sepatutnya semakin meningkat usia, semakin banyak duit raya yang diberi. *Nenek saya dah up kan duit raya. YES!* 
1st day raya: 2 sampul raya sahaja T-T

peace

Saturday, August 27, 2011

Saya Nak Menang Penanda Buku The Smurfs

As newbies, saya nak try jugak masuk-masuk contest nih. Alang-alang baru beli buku Harry Potter untuk melengkapkan koleksi saya, boleh jugak try dapatkan penanda buku ni. Saya pulak jenis tak suka lipat bucu buku so, sesuai sangat ni. ehe. Gudluck to me~! \\(^-^)//

Bookmark_actual size final
Ini dia hadiahnya. Comel kan~ ^-^

Sesiapa yang teringin nak join, boleh view step-step dia di blog Nisa Kay (klik). Sama nama dengan saya tapi lain rupa, jangan tertipu ok~ ehe. Contest ini berakhir pada Isnin (29  August 2011). 

[Nuffnang] | Blog Day 2011

Nampak glam 6 orang dalam pic ni
Yup. Blog Day 2011 by Nuffnang. Wants to participate? It's easy. All you need to do is just find 6 blogs that you think it is interesting. Easy right?
OK, since i'm new in blogging, these are 6 blogs that i'm interesting in the way they express their ideas and so on. Lets check it out!




  • Gitarputeh \\(^-^)//
http://gitarputeh.blogspot.com/
Looks simple right? Tapi cuba korang try baca entry-entry dia. Cara penulisan dia menarik dan ada unsur-unsur humour. Orang cakap, ada identiti sendiri. Apa-apa korang try la singgah. Gitarputeh jugak adalah tempat saya menuntut ilmu blogging! Dari segi menyusun sesuatu entry itu. I'm still newbies, needs more time to be expert like him. heee ^-^

  • Ezral typoBlog
http://ezralghazali.blogspot.com/
"Ini punya blog sangat manyak gambar" said rainyscream. Dia macam seorang yang sangat suka design header or banner *tak tau word blogging sangat, maaf :p*. Cuba tengok header dia ni, cantik kan? Iloike, because its purple. Purple is my favourite. Kalau korang tak percaya, boleh jenguk-jenguk blog ini. Sila-sila. 

  • I am my own heaven n hell
http://geeds.blogspot.com/
You all can call her geeds. Ok, this blog is all about her daily life and her thought about this world. Nak masuk blog dia kena pandai speaking tau. kikiki. 

  • SweetyMui2
http://msmui2.blogspot.com/
Sweet girl just like her blog's name. Sweetymui2. Antara salah seorang blogger otai yang menjadi tempat pertanyaan saya. Sorry for that! ^-^ . Once again, this blog is about what has happen around her and somtimes it is quite funny! wee~ Since start blogging, saya tak pernah lagi terlepas visit each of her new entry.

  • Terbang OH! Bulan  
http://paankowt.blogspot.com/
Ok..emm. Dia ni, saya baru aje kenal di Geng Blogger. Suka tengok header dia and dia seorang yang cuba sedaya upaya mencari idea untuk entry-entry baru. Perah otak perah!! ^-^. Salah satu contoh, pantun dalam one of his entry. ehe. Terer tak saya berpantun.haaa..


  • Tutorial Untuk Blog

http://tutorialuntukblog.blogspot.com/
Sudah semestinya saya akan jadikan blog ini salah satu pilihan saya. Kenapa? Korang mesti tau sebabnya kan..lagipun, saya still newbies so perlukan banyak-banyak tips untuk jadi blogger berjaya gitu. Ohoho. 




That's it! 6 blogs choosen by me. 
peace

Friday, August 26, 2011

[Tips] | Muka Berseri di Pagi Raya?? Ketahui caranya~

Hari raya bakal menjelma beberapa hari lagi. Sedang-sedang sibuk membuat persiapan, mesti korang tak kan terlepas membuat persiapan awal lagi khas untuk muka-muka korang kan? Mesti la nak nampak cantik, comel dan handsome gitu. Manala tau dapat menambat mana-mana hati yang melihat korang nanti kan? U like, i like~ 
Kaum wanita sah-sah awal-awal lagi dah bersedia. Kesemua atau sebahagian checklist ni mesti telah tertunai sepanjang bulan Ramadhan ni kan. Jangan tipu la pada sesiapa yang katakan TIDAK *Macam iklan rokok la plak*. Semalas-malas saya pun, mesti ada jugak tepek-tepek krim muka tiap-tiap malam *kecuali la kalau sudah habis, ye tak?*. Ok, ini checklistnya. Lets check it out!

  • 1st thing in mind: Facial muka! 
    Sental-sental muka bagi licin bak cermin. *Guna berus dawai lagi cepat. Just joking hee*. Sesiapa yang berduit, boleh la hantar muka-muka korang ke pusat "dobi" berdekatan ye~. Bagi yang kurang ada $$, korang boleh apply mask, lepas cuci muka and hilangkan whitehead 0r blackhead, pastu apply krim muka aja. simple as that! 
                       

  • Rajin! 
    YUP! Korang kena rajin. Rajin menepek krim-krim muka tiap-tiap malam. Pastikan produk yang korang pakai memang terbukti keberkesanannya. Kalau sebelum ni pakai 3 bulan pun memang tak ada apa-apa kesan, ini kan pulak sebulan, seminggu nak beraya dah, baik tak payah la. Cari yang lain aje terus. Tak payah tunggu-tunggu. Ni nak promote produk Rizreni, memang ok. Lepas cuci muka, rajin-rajin sapu toner ye. Biar bagi lembap sikit untuk orang yang muka kering dan normal. 
    Klik disini untuk entry lama. Website Rizreni pon ada. Goggle ye ^-^

  • Arghhh matahari..Elakkan! 
    Seperti korang semua sedia maklum, pendedahan matahari kepada kulit kita secara berlebihan, boleh membawa kepada kanser. Tapi tak nak la sampai ke tahap tu kan? So, pakai Sunscreen ke, SunLotion, Sunflower ke *heee*.. sebelum keluar berjalan-jalan. Bagi peminat K-drama, cerita city hunter dimana arwah mak heroin pesan selalu pakai BB *cream, bukan hp ye, harap maklum* dan lipbalm sebelum keluar. Simple tapi dapat protect kulit muka, tak salah kan? 

  • Tido awal la dear~ZzzZzZZzz
    Part yang ni memang susah bagi saya. Dah nama pun student, memang la dah biasa tido lambat. ye tak kawan-kawan? Tapi saya dah habis belajar dan masih terbiasa dengan habit lama. huuu T-T. Conclusionnya, sila tido awal. Ini dapat membantu mengurangkan dark circle, eyebags, muka sembap dan sekutunya yang berkutu-kutu. 
            

  • Tips ini hanya untuk orang yang berjerawat! sila baca di bawah ni..
    AIS! Gunakan ais pada muka korang. Sesetengah orang tidak dapat menggunakan toner-toner yang khas untuk jerawat, apatah lagi untuk kulit normal, so, aplikasikan ais pada muka dengan sapu-sapu aja pada muka tiap-tiap malam. Sekerap yang boleh. InsyaAllah dengan izinNya, kecut la jerawat-jerawat tu. 
    *Terbukti berkesan kepada pelanggan mak saya*. Saya baru try sekali sebab hanya jerawat gatai yang muncul. hee. Tak salah mencuba kan? 
                  

Kaum laki pun tak salah untuk mencuba, tul tak? Tak kan nak pergi beraya rumah bakal mak mertua, muka berkerutu. Mesti nak segak-segak, dahi licin jugak kan?

Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 
*Sebab wish awal? Khas untuk pembaca yang jenguk blog saya sekilas pandang aja. Kesian diorg tau.*
peace

Wednesday, August 24, 2011

[Blogging] | Bagaimana Tittle Entry naikkan Traffik????

Selepas 1 minggu saya berblogging, saya realize something yang betul-betul boleh bantu naikkan traffik blog korang. Tittle entry. Ini salah satu cara naikkan traffik kot.
memang terbalik yee
Tittle entry ni memang memainkan peranan sangat penting dalam menarik perhatian readers. *ok ok saya newbies, mane layak bagi tips untuk blogger kan?, tapi saya nak jugakkk.. blueekk :p*. Tapi memang betul~, tittle entry dapat tarik perhatian pembaca. Kalau korang tengok my previous entry pasal [Nuffnang] | Glitterati just in a week, sah-sah mesti ada orang teringin nak tekan jugak tittle tu *perasan lebih la cik kak ni ehehehe*. Ini contoh dari entry saya la. Untuk orang yang nak ambil tahu pasal nuffnang la. emm kot. Ada beberapa jenis tittle yang saya perasan setakat ini. Lets check it out!

Tittle yang ada ummm, yang boleh mencetuskan rasa ingin tahu pembaca-pembaca sekalian. Sebagai contoh:
Tittle yang 18SX demi memerangkap readers yang gatai gitu. *kantoi sapa-sapa yang bukak tu*. Hanya sementara, kottt. Contoh:
  • Tips malam pertama by anonymous (entah ye entah tak entry pasal tu.possible jugak T-I-P-U).
Tittle yang membosankan: Wajib dielakkan ye~. Contohnya;
Inilah beberapa tittle yang saya perasan. *Tapi memang susah nak fikir tittle entry nihh =( *. 
                
Bersama-sama la kita memerah otak seperti perah kain untuk dapatkan tittle yang best-best! *semangat nii*
peace

Tuesday, August 23, 2011

[Nuffnang] | Glitterati just in a week

weeee~~~ sangat happy! Sebab membership status dah bertukar dari ordinary (non-exclusive) kepada Glitterati. yeaaa \\(^-^)// ehe. Tengok la gambar yang saya print screen dari account nuffnang saya (pada membership status tuuuu). Sila sila..
ye ye..belum ada gambar T-T
Sambil-sambil buat biskut raya petang tadi, saya sempat lagi bukak blog *dalam diam-diam, jangan bagitau ibu saya yee*. Tut tut, status nuffnang dah berubah. Gembira sakan. Tapi saya tak tahu apa beza glitterati dengan ordinary.So, saya survey punye survey *coklat tengah dicairkan atas dapur*, sekali baru la tau dengan adanya status ni, korang dapat masuk innit. Setakat ini saya cuba membiasakan diri dengan innit. Mesti ada apa-apa nihh..emm. Tunggu saya serang sifu-sifu blogger saya. Kecoh pulak kan saya pasal status glitterati ni, padahal ramai orang dah ada.kan kan?? ehee, alasannya sebab saya baru aje start blogging 1 minggu. Tapiiii, entah-entah orang lain lagi cepat kot. Biarla, asalkan saya happy~. Akaun blog dah lamaaaaaa ada, tapi 1 aje entry mukadimah yang saya buat. Nak tengok, jenguk la disini.  
Kawan saya, sweetymui2 kata sebab traffic dah stabil. emm, maybe la tu. Sebab tengok unique visitor makin hari makin meningkat. *well, ikut nasihat sifu-sifu blogger la katakan*. Itu aje. Ok, korang boleh out dah.babai. Aaaaa, kejap-kejap. Terima kasih Nuffnang!! hee ^-^

Berusaha itu tangga kejayaan *belajar malas emm*
peace

Monday, August 22, 2011

[Salam Ramadhan] | Renungan Eksklusif kepada para Blogger

Sempena bulan ramadhan yang hampir tamat tidak lama lagi, saya ingin mengambil kesempatan untuk untuk membicarakan tentang perkara yang perlu dijaga iaitu manners.emm, kenapa saya nampak skema dan macam orang nak beri ucapan ni? Arghhh..tak suka! Ok, actually bukan time bulan ramadhan sahaja kita perlu jaga manners ni, lain-lain bulan pun boleh kecuali time bulan madu.haaa?..emm.ehem ehem.  Sini-sini, kepala tu jangan merewang pikir benda bukan-bukan.Ish3, puasa puasa. Back to topic.

Cara pertuturan dan tingkah laku perlulah dijaga .Iyela, baru la sedap sikit makcik-makcik tepi jalan tu tengok, mane la tau boleh dijadikan menantu~.kikiki ^-^.bila pasal manners tu, jangan asyik tunding jari kepada perempuan sebab lelaki pun patut jaga manners jugak tau. Ini tidak, mencarut sana, mencarut sini. Walawehhh, nasib baik sekarang bulan ramadhan so semua diam je, simpan-simpan. Kalau saya la, lelaki tu mencarut saja + panas baran tak menentu tu memang terus REJECT! AHAHAHA *evil laugh :D
             

Itu baru mukadimah kawan-kawan, macam jawab dalam exam. Jawapan belum tulis lagi *sebab tak tahu jawapan* tapi mukadimah panjang ya rabbi..ehe. well~ nama pun student.ye tak?
           

Sebenarnya *baru nak cakap main point*ditujukan kepada semua blogger-blogger yang banyak telah disusahkan oleh newbies yang banyak menyoal, tanya soalan entah apa-apa seperti dia tu. Emm, diri sendiri tak nak mengaku newbies ke cik kak?  Ehe, baik baik, saya still newbies~ (=.=)!! Terima kasih kepada yang membantu!! Yeaahhh \\(^-^)// . Kepada yang serabut tu, maaf la terutama admin group-group blogger. Masalah seperti spam link, spam link dan spam link memang banyak dilakukan oleh newbies. *Saya la tu  orangnya, tapi itu dulu okeyh*. Well, kami-orang-baru-yang-tak-tahu-word’s-blogging~ . Seperti yang dijangkakan mestila beribu-ribu orang baru. Kan kan???????? So, jangan marah-marah ye~ kurangkan penggunaan CAPS LOCK sebab boleh buat orang rasa tersinggung.Bila tersingung, macam-macam perkara negative berlaku. Kita tak nak benda-benda macam tu terjadi right!? Blogger-blogger yang lain pun tau.



Mari amalkan silaturrahim yang baik-baik aja okeyh?? oraaaittt.. 
peace

Friday, August 19, 2011

[Boyfriend Vs Bestfriend] | Si Dia tidak disukai??

Mengikut pendapat korang la kan, yang mane lebih penting; boyfriend/girlfriend atau sahabat baik. Sesetengah orang kata boyfriend laa, best friend laa tapi kalau tanya saya, saya pilih bestfriend!! WHY? ehe
Tapi semua ini, ikut situasi la kaann..kalau kawan pun endah x endah aje pasal awak, nak nangis kat dia pun beribu alasan dia bagi.emm,ni belum lagi kalau nak minta pinjam duit ke ape..selang malaikat 44!!! *so, pandai-pandai la cari kawan ye~*


Mula-mula bercouple, mesti korang takut nak introduce kat kawan-kawan kan??? Bimbang kalau-kalau kawan xsudi nak terima bf/gf kamu orang tu. Takut-takut ape yang si dia buat, buruk je pada pandangan diorg.kan kan??!! *ke saya je yang macam tu.?* eheeee. Ape nak buat dalam situasi si dia yang xdisukai kawan-kawan nihh?? lets check it out!

1) Berani terima fakta ye akak-akak, abang-abang..
Mula-mula bercouple, memang la korang rasa dia la orang yang korang cari-cari selama ini. Ok ok, saya admit saya pun pernah macam tu jugak tp ckiittttt je tau *huh, alasan*. So, pandangan dari kawan-kawan la yang dapat membantu kita. Tengok apa yang kita xdapat tengok. Ala-ala perangai tersembunyi si dia. Kita kan tengah rabun time tu. *Ok..saya admit huu*. Mana la tau, ada kawan-kawan korang yang tahu perangai sebenar dia kan. Bak kata orang dulu-dulu "Sediakan payung sebelum hujan". Tapi awas, bukan semua kawan-kawan yang kenal si dia. Dan sebarang kritikan yang diberi, perlu la diterima dengan sebaiknya. TAPI, kalau kawan-kawan korang merengek sebab hal-hal kecikkkkkkk, dan korang percaya yang diorang salah, why not explain direct kat diorang bagi paham. 
"sila kenalkan..ini bf saya [fill in the blank]"
                                              
2) Stop cakap buruk pasal si dia
Dalam setiap perhubungan mesti ada kisah-kisah sedih. Bergaduh la, merajuk la. Kaum wanita kalau dah marah-marah, habis semua hal-hal buruk si dia, satu dunia boleh tahu. Kan kan?? Kepada yang tidak tu, bagus laa. Tapi berhati-hati, kalau perangai si dia tu memang xmasuk akal punye. Sebagai contoh: Die pukul korang. Nak diam diri jugak ke?? Dia tu siapa nak pukul-pukul korang, bukan husband pun. Husband nak pukul pun kena ada sebab munasabah jugak. *Betul kan? Maklumla, orang belum berkahwin*.

3) Tetapkan pendirian anda
Apa kaitannya?? Ok. Kalau la, kawan-kawan still xsuka dengan si dia.Ok fine! (Kawan saya cakap, fine adalah word yang simple tapi mendalam makna tersiratnya). Korang mengalah sekejap, buktikan kepada kawan-kawan korang yang korang bahagia dengan si dia. Korang lebih kenal si dia dari kawan-kawan korang kan? Tapi, kalau si dia tu memang perangai buruk and korang saja-saja wat xnampak and orang bagi nasihat pon xnak dengar, kalau dah terjadi benda-benda buruk jangan menyesal plak~ 
"Jelous aq" kata si baju merah ^-^
Dari sini jugak korang boleh tengok kawan mane yang baik dengan korang, and yang mana atas nama sahaja. Sebab, kalau korang clash pon, kawan-kawan still ada untuk motivate korang semula. Thats why saya pilih kawan daripada si dia. 
Serba sedikit dari pengalaman saya dan dari majalah-majalah.

 Make a decision and dont regret after that. Thats part of God's plan. 
peace

Cara baru makan betik. #xlaa baru sangat..kottt ^-^

            
Rojak betik! kalau pandai org buat, sedap laa
Ini buah ape adik-adik?? Ini adalah buah betik. kikiki ^-^ Papaya lam bahasa omputih *macam la diorg x tau*
Cara baru yang saya nak cakapkan ni adalaaaaahhhhh...Betik yang dimandikan dengan buah limau (bukan limau yang oren tu) dan direnjis-renjis oleh sedikit garam. Rasanya: manis, masin, masam...Sedapppp oooo!! 
Ibu saya cakap, dulu-dulu kat hotel selalu je betik ni dihidangkan macam ni. Tapi sepanjang 22thn saya, xda la plak g hotel, betik tu kena siram.Selalunya kosong je. kan kann???? haaaa...




p/s: Jangan makan banyak sangat betik, nanti keluar masuk tandas plakk.. T-T


Selamat mencuba ^-^
peace

Brainstorm 4 a while~ ^-^

Rasanya teka teki ini dah ramai orang tahu (kooottttttt) tapi cuba laa try sape2 yang belum tahu tu ehe

Saya nak beli baju raya RM97 tapi saya x ada duit. Jadi, saya pun pinjam la RM 50 kat kakak saya, Rm50 kat adik saya..Sekarang saya ada RM100 dalam tangan.Lepas beli baju, cashier pulangkan RM3. Saya pun pulangkan Rm1 kat kakak dan RM1 kat adik. Lagi RM1 saya pegang. Sekarang ini saya hutang kakak RM49.Hutang adik RM49.Tapi bila saya campur dua-dua, hutang kakak dan adik saya..RM49 + RM49= RM 98. Campur duit dalam tangan saya RM1 =RM99.Mana 
lagi RM1 duit saya...???



Sesiapa yang berjaya selesaikan masalah ini, otak anda memang terbaikk laa ^-^
tips:: use ur logical thinking 
Jawapan akan diberi pada keesokkan harinya ok~

SELAMAT MENCUBA 
peace

Wednesday, August 17, 2011

History| Me & Part time job

Wake up in the middle of night and just to scrabbles a little thing about my past. Part time job. Rajinkannn???(i know i know ahahaha).

Setiap kali cuti semester, saya kerja. Sesiapa yang ada tittle "student" tu mesti paham kan. Xcuti, nak cuti..bila cuti, nak g belajar (macam tula setiap sem, xpernah insaf). Sebut pasal insaf, setiap kali bukak sem mesti ada azam baru kan?? Semangat kott awal-awal sem tu tp tu hal lain kali cerita la yeee~
So, saya pun masuk mall, keluar mall semata-mata nak cari keje. *budak2 semangat nak keje tp xmerasa lagi camne penatnya bekerja tuhh*. Family sah-sah kurang membenarkan tapi yelaa,sy nihh degil ckitt.Orang dalam umur nak cuba semua benda katakan. So, my mum pun introduce la ngan seorang akak ni *konon selamat la under care orang yang dikenali tp xpe-xpe*. My job was as a
beauty consultant *macam best la bunyinyer tp sebenarnya macam promoter barang2 tu je


imagine sendiri yee rupa kedai ni ^^


Awal-awal pagi bangun nak pergi kerja, balik pun dalam pukul 10 malam. Bayangkan seharian di kedai. Kerjanya: duduk, berdiri, duduk, berdiri, duduk, berdiri, duduk,...............sampai bila pun xabis. Yela, kalau customer datang, berdiri, diorang blah, duduk balik. Sampai la abis keje dan masuk belajar balik. Sebab dah pro dengan kerja ni, next cuti, saya bawa buku cerita.Sementara ada a few collection of harry potter series, all the time memang kerja membaca aja laaa. Bosannn!!! Then, next cuti, bawak laptop plak~ Jeng jeng jeng..ahahaha. Nasib la sebab bos memang jaraaaannnnggg datang kedai. Kedai sebelah pulak kedai jual peralatan komputer so, memang kamcing la dengan diorg. Apelagi, jadi tempat seludup muvie2 laa. Dengan posisi strategik yang mantap punye, saya tengok movie dan layan customer *pause la cerita japp. Berlarutan till the end as a part time worker. 

  • 1st: melanguk (tau kan ape die..) sampai kebosanan
  • 2nd: bawa story books (a lots actually) ehe ^^
  • 3rd: dah maju sikit, bawa laptop--> tengok movie dan main game. yeaaahh!!!

Tut tut tut, end of month..dapat gaji seciputt je. Kawan saya yang keje 1 bulan kat kedai CD pun boleh dapat around rm700+ (Double dari gaji ku) dan keje ikut shift. Kalau die baca ni, mesti gelak2 punye r..keciwa keciwa~
Gaji sikit bukan sebab "kegiatan" saya tu..tapi sebab saya part time.Ohhh, dis doesn't make sense at all. Pastu, no more kerja under akak tu dan sekarang dua2 kedai dia sudah TUTUP..ahahaha *evil laugh. Pose..pose, jangan over-over ehe ^^



Baby~ oh baby

Just found this video posted by one of my friend in FB. 
Sweet moment to be shared with u'all
Pembentukan bayi-bayi selama 9 bulan dengan bermulanya pencantuman sperma dan ovum. 

Bagi saya, perjalanan hidup seorang bayi sebelum dilahirkan sangat comel ^^ . Sedikit demi sedikit mereka membesar dalam rahim seorang ibu. Jari-jari, pergerakan mereka..waaa, sgt comel ehe. Video ini sepatutnya ditonton oleh semua bakal-bakal ibu (terutamanya yang berniat nak gugurkan kandungan/buang baby). They deserve to live in this world! (semangat~).
Sebenarnya saya suka baby sebab tu cepat touching tengok video ini. They are so fragile, cute, their eyes looks so pure..love 'em! 


Selamat menikmati detik-detik touching dalam video ini  ^^ 
peace 

Tuesday, August 16, 2011

Mistakes as new blogger ^^





 Tersilap follow diri sendiri 
& 
Sorry to all my friends whose commented all this time cz i ter"DELETE" semua comments. *tangan gatai tekan button suka suki ehe

Monday, August 15, 2011

[riz:reni] | Dulu hingga Sekarang

Dengar sahaja nama Rizreni, mesti orang ramai xtahu menahu tentang produk ini kan? 



haaa..Rizreni ini adalah produk kecantikan yang telah lama saya guna dari form 5 hingga sekarang (5 tahun sudah). Produk ini memang la tidak se'famous' produk lain tapi secara jujurnya produk ini agak bagus dengan menggunakan cara-cara yang betul. Iyela, kalau muka berjerawat, pakai la produk untuk berjerawat dan sila elakkan "moisturizer", nanti lagi tumbuh cendawan2 atas muka.Dulu, muka saya tersangat gelap gara-gara kawad dan selepas disuruh oleh ibuku, mukaku beransur pulih dan jadi seperti sekarang ini. 
Sebenarnya nak promote produk Rizreni ehehe ^^. Produk ini boleh dipakai oleh golongan lelaki juga (selalunya yang berjerawat la kan). Actually, ibu saya adalah stokis Pahang untuk produk ini. So, saya dah banyak tengok kesan-kesan positif dari customer yang datang. Khidmat facial juga turut disediakan. Kedai bakal dibuka pada masa akan datang so setakat ini, di rumah jela ye~ 




[gambar telah didelete. hihiihi ^^] 





Bagi sesiapa yang berminat sama ada luar pahang or dalam, boleh try email (nikate_269@yahoo.com) or call/sms : 013-9806099 (rohani awang). 

Sunday, August 7, 2011

Minat baru



Baru Jumaat lepas (5hb August) minat baru ini muncul.Apekah minat itu? Jeng Jeng Jeng.. POLYMER CLAY!! polymer clay tu ape? ok ok..polymer clay tu macam tanah liat yang kita main masa kecik-kecik dulu tu. Cuma, this clay x melekat pada tangan and need to be bake so die akan keras. Paham? Xpaham ye..ok ok..mai tgk gmbar ni haa~

comel kan~ ^-^
Ada macam-macam jenis bentuk yang boleh dibuat eg; kek, angry bird, figurine and so on. Benda-benda ni boleh buat sebagai key chain, bracelet, cincin dan macam-macam lagi. Setiap hari tengok gambar-gambar clay ni, itu yang jadi semakin hari semakin bersemangat. Lagi-lagi ada orang mencabar "kekretifan" saya. Sekarang tengah rajin-rajin survey harga untuk beli raw clay ni sebab clay ni mahal harganya. Macam2 brand ada. Malaysia still new tentang clay ni sebab tu ramai orang xtau menahu pasal ni. 
Cant wait to play with it!!!! Excited tahap dewa~ ehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...