Monday, September 24, 2012

Aniey Rizreni New Online Page

Yuhuuu!! 0ne month no see haaa.. kiki. Ye ye, nak update blog ler ni. By the way, ada something interesting happening lately. My mum dah buat shopping online untuk produk Rizreni!! So, sesiapa yang duduk jauh dan teringin nak beli produk Rizreni ni boleh la order kat page ini:


Tu bukan gambar mak aku tau..tu model Rizreni. hihi 

Ini kali kedua aku post pasal produk Rizreni. Yang first tu korang boleh baca kat sini. Aku jenis segan nak promote produk muka pada kawan-kawan ni. Yela, bukan all the time muka nak nampak okey kan. Dah nama pun student, perempuan lagi tu, so al-maklum la kalau keadaan muka not all the time nampak bagus kan. muehehe. Lagi-lagi kalau tahap malas tu datang. lalala. 

Tapi pernah sekali aku promote produk ni pada kawan lelaki aku. Sebab kesihan tengok muka dia penuh dengan jerawat batuss, so aku pun suruh jela dia try. Try je pun. Time tu ada satu produk tu baru je dibuat dan dalam percubaan so harga RM10 je mak aku jual yang sekarang dah berpuluh kot tak silap aku. Untung mamat tu. Sebab aku malas nak jadi orang tengah, so aku suruh dia sendiri pi contact mak aku. Mak aku bukan makan orang pun. Grr. Lama-lama aku pun dah lost contact dengan kawan aku tu, sebab yela..kawan lelaki ni mana boleh kawan rapat lama sangat, lain la kalau yang special ye dakk. hehe. Lagipun time tu baru nak start masuk belajar kat UNIMAS, so busy la sikit kan. Bila teringat kat kawan aku tu, baru tanya mak ape jadi kat muka dak tu, berkesan ke tak? Mak kata alhamdulillah jerawat dak tu dah surut. Tapi setakat tu je berita kawan aku tu, sebab dia pun dah start masuk belajar. Busy! 

Clean face, confident level rises! 

My sis yang liang pori terbuka banyakkkk pun aku tengok dah makin ok sekarang ni. Muka dia lagi ok dari ok kot! Mana aci, dia duduk rumah..senang la nak dapat stok rizreni bila habis. huhu. 

By the way, even Fatin Suhana pun pernah pakai produk Rizreni ni. Aku pun kenal dia dari dulu lagi, time sekolah menengah. Tapi tak berapa rapat, sebab aku ni pemalu sikit orangnya. chewaaahh! Dari video youtube pun pernah dia cakap pasal produk Rizreni ni. Korang check it out sendiri la ye video tu, link dah diberi kat bawah ni.

Makeup Mumbling Vid
Nak cuba produk baru tu tak salah, tapi sila consult pada orang yang betul sebab tak semua cara pemakaian tu sama untuk semua produk. So guys! All the best! 

Wednesday, August 15, 2012

Balik Kampung...ohh ohhh Balik Kampung~ eh dah balik pun :D

Assalamualaikum

I'm Home!

Wah wah wah..tak lama lagi nak raya la. Tapi ini bermakna Ramadhan bakal berakhir. sob sob. Andai kita ada jodoh, jumpa tahun depan ye wahai Ramadhan kesayangan~

Okess.. Aku dah balik kampung! yess! Sesiapa yang belum balik dan tak balik kampung raya tahun ni, don't worry okey? Aku tolong rayakan untuk korang. Wuhuu! 



P.s: Balik-balik rumah, ada 4 kad raya menanti untuk dibuka. waaaa~ thanks so much guys!! 

Monday, August 6, 2012

~love~ Will You...

For the first time i met you
You said


"I love you" 
&
"Wanna you be my girlfriend?"

but 


"Sorry"
"I can't accept you"

"Why? Do you have someone else?"

"No" 

"Then" 

"Because i will only say 'yes' if only you said...."


"...Marry me?" 

"Why?" 

"So that..." 


"...i can love you wholeheartedly"


p/s: Credits goes to tumblr <3 

Sunday, August 5, 2012

Budak Sekolah Dan Puasa

Assalamualaikum

So guys, how's your day today? Bertahan ye, tak lama lagi dah nak berbuka puasa. Bukan selalu pun kita bertembung dengan bulan Ramadhan ye dak?? Yang bakal pergi ke bazar tak lama lagi tu, jangan nak rambang mata sangat eh. Bukannya tak jumpa dah makanan-makanan tu sume. Esok masih ada. Jangan bimbang. Melainkan esok esok karang, korang dah pergi tak kembali. wakakakaka .ehem.

Google source 

Aku tau memang lumrah lelaki akan cuba tarik perhatian perempuan dan perempuan tarik perhatian si lelaki. Ia ibarat magnet lain-lain kutub la kan. Tapi takkan la sampai nak tergedik-gedik tarik perhatian orang lain gender dari kita. Hilangla rasa malu kalau macam tu.Bak orang kata “Malu itu  kan perisai orang beriman”.



 Kejadian ini terjadi di perhentian bas.

Bila budak sekolah perempuan ni dok tergedik-gedik seberang sini, budak-budak lelaki seberang sana plak dok ‘booo~ booo~’, best sangat ke? Langsung tak rasa malu ke? Aihhh. Aku yang malu cik adik uitt.
Bila dah masuk dalam bas pun satu hal plak. Bercakap tu tak reti nak jaga bahasa. Mencarut sana sini. Pose tak? Macam bas tu mak bapak diorang punya. Aku sian kat budak kecik dalam bas tu, nanti tak pasal-pasal terikut perangai akak-akak sekolah ni. Mak budak kecik tu pun aku tengok dah tak duduk senang. Hohoho. Tapi lepas diorang turun bas je, masya-Allah aman dunia~

Aku tak tahu la kalau zaman-zaman korang semua time sekolah, tapi aku rasa time aku tak ada la segedik ini budak-budak sekolah. Atau aku yang tak ambil port pasal diorang. Wahahaha. Ape ku kesah ye dok? Tapi aku terpikir jugak, kalau zaman sekarang budak-budak dah perangai camni, akan datang camne la. Moga bakal anak-anak aku baik-baik perangainya. Aminnn.

p/s: Bajet nak photoshop sendiri gambar. Tak nak guna google la kununnya. Tapi.... 

Monday, July 30, 2012

Elakkan Jadi Badut di Hari Raya

Assalamualaikum

Hi peeps! Long time no see haa. Aku tak buat entry salam Ramadhan so aku nak sekalikan untuk entry ni terus. Salam Ramadhan for all muslims! Pada bulan Ramadhan ini ambil la peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik for example berhenti merokok, berhenti mengumpat dan berhenti fikir negatif tentang orang lain. Bila tak ada semua itu, feel great right?? Good. Bagi yang belum mencuba untuk berubah tu, cuba sekarang! best woo! 


OK. Ramadhan bakal berakhir, mesti ramai yang busy dengan persiapan baju raya, kuih raya, boyfriend raya..eh..bukan..dan raya bakal menjelma walaupun lambat lagi. hew hew. Actually aku nak tulis pasal makeup di hari raya nanti. Bukan ape, aku bimbang je budak-budak perempuan ni kalau dah excited nak raya, habis semua makeup dia tenyeh kat muka tu. Dah macam BADUT. 

aw aw. comel kan saya *malu 

Walaupun aku kurang makeup, tapi at least aku tau jugak mana yang cantik, mana yang tak. So here's the tips: 

1) Apabila mata dah sarat dengan perhiasan makeup, bahagian muka yang lain jangan terlalu heavy. Use nude color if possible. 
2) Cuba untuk seimbangkan warna-warna muka anda. 
3) Sesiapa yang pakai blusher, please sangat-sangat....jangan pakai terlalu TEBAL! 


This is basic rule of makeup i think. Kalau boleh jangan la makeup berlebihan. Kalau dapat kekalkan natural beauty, itu lagi terbaik! 

Thursday, June 14, 2012

[KEPUTUSAN]: Contest "Idea Kreatifku"

Assalamualaikum ^^ 


Sorry bangett sebab lambat update result kontest. kikiki. Actually aku pun tengah tunggu stock bahan, so kalau lewat-lewat sikit announce result, takpe kan? Terima kasih sekali lagi kepada 8 orang peserta yang sanggup join kontest yang agak pening ni. Well, orang baru first time buat kontest memang camni la. koh3. Korang mesti tak sanggup nak baca aku membebel sorang-sorang kat sini kan? So here is the result: 



PEMENANG (klik untuk tahu siapa orang bertuah itu ^^)




Tahniah buat pemenang!!!! Sebenarnya pening aku nak pilih siapa pemenangnya. Semuanya kreatif-kreatif belaka. Kalau boleh nak buat semua. Tapi tak boleh la nak buat semua kan. Tutup kedai la aku nanti. koh3. Dari satu hari ke satu hari aku tatap design-design diorang ni. Bagi yang nak tengok design diorang, bole pergi ke sini. Yang tak menang tu jangan kecewa ye ^^ lain kali boleh join kontest lain plak. 




colourfulnya ^^ 





Friday, June 1, 2012

Kontest "Idea Kreatifku" DITUTUP

Assalamualaikum ^^ 

Kontest DITUTUP 

Contest "Idea Kreatifku" telah pun berakhir setelah beberapa minggu dibuka. Walaupun tak berapa ramai yang join, tapi untuk mencari pemenang pertandingan nampaknya sedikit sukar. Mane taknya, idea-idea yang diberi oleh peserta kesemuanya sangat kreatif dan aku suka gila!!. Tapi ape kan daya, hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih. 

Are you ready to know who's the winner?  

Disebabkan ada beberapa kriteria yang akan dipertimbangkan seperti kekreatifan (of course!), tahap kesukaran, dan lain-lain maka keputusan pertandingan akan mengambil sedikit masa untuk diumumkan. Tak lama, sekejappp je :p 


So, ini senarai pesertanya (klik nama mereka untuk tengok idea kreatif mereka :p): 
1) Miss Ieza 
3) Shy

Thanks guys sebab join kontest yang tak seberapa ni :p  

Wednesday, May 30, 2012

Contest "Idea Kreatif ku" by HujanMenjerit [CLOSED]



Assalammualaikum 

Mari join kontest dari HujanMenjerit, sponsored by N'craft. N'craft adalah tempat yang menjual barangan yang dibuat sendiri oleh tanganku. peacee~ Untuk mempromosikan N'craft, aku ingin membuat sedikit kontest dimana korang berpeluang untuk memenangi hadiah khas dari N'craft. So, jom tengok apa syarat-syaratnya. Pon pon ponnnn~  




Syarat-Syaratnya:

1) Hendaklah buat satu entri bertajuk "Idea Kreatifku". Idea kreatifku bermaksud sebarang idea/design  yang boleh dibuat daripada clay aka tanah liat. Sebagai contoh: as a topper (dalam gambar). Entri anda boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti tulisan, lukisan, doodle, or video. Boleh jenguk page N'craft   atau FB N'craft untuk produk yang dihasilkan. 

2) Dalam setiap entri harus ada banner contest ini yang di'link'kan ke sini. *penat tau buat *-*

3) Setiap peserta mesti 'like' page N'craft (HERE).

4) Entri yang sudah siap, boleh dicopy linknya ke bahagian komen entri kontest ini.

5) Idea mestilah original, dan bukan dari copy and paste internet ye ^^

6)Kontest ni akan berakhir pada 31 Mei 2012.


Pemilihan:
Pemenang akan dipilih berdasarkan idea yang paling bernas dan masuk akal.


Hadiah: 
Pemenang utama akan mendapat :
Topper (dalam gambar) yang direkabentuk oleh pemenang tersendiri.
Harganya dalam RM50 harap maklum.

*Sekiranya kontest ini mendapat sambutan, hadiah tempat kedua, ketiga akan dibuka.


Segmen Pokok Ajaib ^^

Assalamualaikum

Lagi 30 minit sebelum tamatnya segmen oleh Yuu Hidayu, dengan ini saya men'join'kan diri dalam segmen Pokok Ajaib. Ape motif Yuu suruh lukis pokok ajaib ni pun aku tak tau..so after ni boleh yuu bagitau yekk??

By the way, aku memang tak suka tag orang. Sebabnya..nanti sibuk nak link bagai la ape la. Tapi still aku join sebagai tanda sokongan se-BCR. yosshhh!

Ini dia gambarnya. Jangan gelak!! Tetikus dah mati T-T dah tanam dalam tong sampah.


Sebesar alam gambarnya aku letak. Senang yuu nak tgk XD 

Dah siap!! ^^

Thursday, May 3, 2012

Rezeki Itu Jangan Ditolak

Assalamualaikum 

Bulan April memang bulan yang busy bagi aku dan juga bulan yang sedih. Sudah tiba masa nenek kesayanganku di'panggil' olehNya and of course aku sedih atas pemergian arwah nenek aku. 

"Jangan meratapi pemergian arwah dengan kesedihan; Perbanyakkan doa untuk mengiringinya ke sana" 


Itu lah antara kata-kata yang disampaikan oleh beberapa kawan aku. Sedikit sebanyak memang telah membantu aku. Thanks korang! ^^ 


Okess now we'll talk about rezeki. 

Alhamdulillah ^^


Orang kata: 
"Jangan tolak rezeki yang datang, bukan senang nak dapat rezeki. Terimala rezeki itu walaupun secebis zarah sekalipun". 

Sometimes kita sedar rezeki yang datang bergolek, sometimes kita tak sedar bahawa Dia telah turunkan rezeki untuk kita, cuma tunggu masa untuk kita petik dan merasai nikmatnya. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti peluang pekerjaan/pembelajaran, makanan, pasangan hidup dan lain-lain. 
Yang paling biasa kita dapat lihat adalah peluang pekerjaan bagi yang telah bekerja and peluang menyambung pembelajaran bagi pelajar. 


Kalau kita imbas kembali, banyak kan rezeki yang kita dapat? Cuma antara bersyukur dan tidak bersyukur sahaja atas pemberian rezeki yang diberiNya. Begitu juga dengan cara yang bagaimana kita uruskan rezeki yang diberi, guna dengan sebaiknya atau membazir? Sebagai contoh, setiap hari kita makan nasi dan setiap hari juga nasi itu tidak habis dimakan.

Nak dijadikan cerita, one day, beras di rumah pun habis dan dalam perjalanan ke kedai, duit pula hilang entah kemana. Baru la pada waktu tu, mohon padaNya untuk diturunkan rezeki padahal rezeki itu memang telah diberi cuma tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Allah S.W.T Maha Mengasihani, mestila tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan betul tak?

OK. I accept! ^^

Untuk peringatan diri jugak sebenarnya. Secara tidak sedar, aku hampir menolak rezeki yang diberi pagi tadi. Apabila dalam kesusahan, mohon bantuan tapi bila bantuan tiba, ditolak pula. Okey aku accept jadi cikgu untuk sebulan lagi. hew hew hew.
For u guys and girls, Maher Zain: Thank you Allah ^^


Tuesday, April 10, 2012

Surau, Aurat dan Wanita

Assalamualaikum

Siapa pernah guna surau awam yang ada di mana-mana mall or tempat awam? Aku rasa most of the girl mesti pernah guna tak kisah la dia tu pakai telekung sendiri ataupun telekung yang disedekah oleh orang. 


Protect others like you protect yourselves

But one thing yang aku tak paham ialah kenapa ada sesetengah orang tak pandai nak tutup pintu bilik surau selepas masuk mahupun keluar? They suppose to know girls dalam bilik surau tu mesti akan tanggalkan tudung apabila nak ambil wuduk, lagi-lagi kalau tempat wuduk tu dekat dengan pintu masuk surau tu. 

Sebab aku sendiri pernah kena one day tu. Time tu aku dekat surau airport LCCT. Ruangan wuduk memang mengadap pintu masuk. Rasa annoying tak bila korang tengah amik wuduk, then suddenly pintu tu terbuka seluas alam oleh seorang girl and ada kawan laki di depan dia? Masalahnya kalau dia masuk terus takpe la jugak.. ini dia berborak dengan boy tu and that boy menghadap kita tengah ambil wuduk. Rezeki lelaki tu -_-"




Apabila keluar ataupun masuk dari surau awam, tolong la tutup semula pintu berkenan and jangan la bukak seluas alam pintu tu sebab korang bukan la besar sangat sampai tak muat nak masuk pintu tu. 

Pesanan kepada girls yang terbaca post ni, please please be considerate dengan girls yang lain. Jangan disebabkan kecuaian korang, aurat orang lain terdedah. Benda yang dianggap small matter ni la yang penting sebenarnya.


Do you proud?

Saturday, March 31, 2012

Contest Cerita Seram: Ketukan Misteri

Assalamualaikum. 

klik untuk ke blog toke cerita seram 

Selama 23 tahun ni, aku tak pernah lagi terserempak dengan mana-mana hantu which is lega sikit rasa hati. hew hew. Ok aku straight to the point sahaja la. 

****
Cerita ni berlaku semasa aku berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dimana dalam satu bilik hanya ada empat orang pelajar sahaja termasuk aku. Setiap katil disusun pada setiap bucu bilik so bahagian tengah bilik memang ada ruang kosong. 

Time tu masa peperiksaan makin dekat and aku memang jenis yang suka study pada tengah malam bila kawan-kawan aku dah tidur. Sejak dua menjak aku selalu dengar ura-ura orang kata blok sebelah (bukan blok aku) selalu ada kelibat hantu pocong. Siap ada yang landing dalam bilik air tempat kitorang basuh baju (singki konkrit). Sejak tu makin ramai yang tidur awal termasuk roomate aku.


Pada satu malam tu, aku sengaja tidur lewat sebab banyak lagi tutorial yang aku belum siapkan. Disebabkan kesemua roomate aku dah tidur, aku tutup lampu and just bukak lampu meja. Lampu meja plak macam hidup mati tak mau je (-_-") and meja aku mengadap dinding yang membelakangkan pintu bilik. Pada jam 1.30, aku terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik aku...

"tuk..tuk..tuk" 

Tiga kali ketukan. Kawan aku pernah berpesan, "kalau ketukan tanpa salam jangan bukak pintu..tu bukan kami orang". Yang ni memang tiada salam. Tiga kali ketukan yang slow dan tanpa salam. Nak katakan aku tersalah dengar mustahil plak sebab ketukan tu memang jelas and keadaan dalam bilik memang sunyi sepi. Tanpa berlengah lagi, aku terus tutup buku, lampu meja dibiarkan terbuka dan terus masuk tidur. Berselimut satu badan. 

Keesokkannya aku tanya sorang-sorang kat setiap bilik..

"Korang ada ketuk pintu bilik aku ke semalam?" 

Kesemuanya jawab tak sebab diorang semua dah tidur awal sejak dengar kes pocong di blok sebelah. 

p/s: Blok aku dan blog sebelah tak jauh, memang tersangat dekat. 
The end

***

Cerita kedua : 


Lagi satu kisah ni plak terjadi time aku belajar di Sarawak. Dalam satu bilik akan ada dua orang pelajar sahaja. Aku memang selalu ada problem komunikasi dengan roomate aku tu. Setiap kali aku cakap dengan dia, dia akan ignore aku. Rasa macam cakap dengan dinding tahu tak? Satu semester jugak la aku bertahan dengan perangai dia. Pada semester kedua.................. cerita sebenar terbongkar..




Pada satu malam, (time ni aku masih tak tau hal sebenar) semasa aku tengah tidur tetiba aku dapat detect yang aku bakal dihempap oleh sesuatu. Sebab aku dari kecik memang selalu kena hempap so aku dah tahu macam mana nak handle. Tapi kali ni lain. Aku dapat rasakan ada benda yang main-main kat leher aku dan bukan sekadar menghempap. Aku cuba bukak mata tapi yang aku dapat lihat hanyalah lembaga hitam (kabur) sambil terdengar bunyi gelakan ibaratkan benda tu tengah gelakan aku. Sebab rasa tak sedap hati, aku baca ayat-ayat yang aku amalkan sejak dulu sambil struggle melawan benda tu. Penat seh!!!  At last, aku berjaya dan aku tidur seperti biasa. 


Keesokkannya aku ceritakan pada roomate aku. Cerita sebenar pun terbongkar. Rupa-rupanya dalam bilik tu memang ada sesuatu. Kawan aku kata itu adalah jin lelaki islam kalau seingat aku la. Sebenarnya sejak dari semester 1, kawan aku memang selalu dikacau oleh benda tu. Setiap kali dia study, dia mesti rasa macam ada orang tiup-tiup telinga dia, bunyi cakaran di dinding and so on. Selepas itu aku makin alert dengan keadaan sekeliling. Last kejadian sebelum kami orang berpindah bilik bila aku terdengar orang cakar dinding and meja belajar aku memang betul-betul sebelah tingkap, tempat di mana bunyi cakaran tu terjadi. 

Tamat. 

Sunday, March 18, 2012

Contest BCR #2 : How I met BCR?

Assalamualaikum

Ok, aku straight to the point je.

Untuk pengetahuan korang, blog aku ni still baru and belum sampai setahun lagi usianya. Macam newbies yang lain jugak, aku time tu tersangat la rajin nak update entry sampai sehari tu rasa nak update berkali-kali. Bukan sebab idea mencurah-curah tapi sebab terlalu excited buat benda baru, iaitu blog.




Semuanya aku belajar sendiri sampai la aku tau tips pasal blogwalking kalau nak naikkan blog korang. So aku pun blogwalking..sampai sakit kepala mengadap lappy lama sangat. Then.................

Once upon a time.....entah macam mana, aku terjumpa satu blog. Aku memang terpikat dengan cara penyampaian penulisan dia sebab entry dia bukan pasal personal diri dia. Seriously aku memang tak nak tau cara hidup orang lain melainkan dia tu orang terkenal and kita wondering "Ape yang best sangat pasal budak ni??". Mane tak nyer, tak akan sampai kucing dia curi ikan rumah jiran pun nak cerita. Boring~~ *troll face*




So aku pun start baca semua entry dia. Best. Sampai la aku amik inisiatif, suruh dia survey entry aku. Perbetulkan apa yang tak betul. Tutt tuttt... he came!! Seriously aku memang tak sangka la kan. Sebab aku selalu survey blog dia, aku ternampak icon tembak-tembak yang agak ganas jugak la tapi kiut. Then aku terjumpa word "BCR".

"Ape tu??"


Aku klik, then ternampak official website BCR. Aku try nak join chat tapi tak dapat. Habis semua benda aku tekan, tapi still tak dapat. Sebenarnya aku pening tengok website BCR tu. *Maaff!!! hihihi. So aku abaikan. Sampai la bila tuan punya blog best tu komen. 



"Tak nak join BCR ke?"


Orangnya Red Gitarputeh la. Siapa lagi kan. hihi. For second time aku try survey BCR, and for a few attempts, finallyyyy aku berjaya! Aku bagi salam dan aku pun mula kenal bloggers lain such as kak GT, CeritaSekupang, JejakaTerhangat dan lain-lain la. Dan macam biasa jugak, kyo tanya aku something.


"a/s/l?"

and aku macam "hah???".... rupa-rupanya tu tugas kyo, soal siasat newbies BCR. Sampai la sekarang aku bersama dengan BCR and makin banyak ilmu-ilmu aku belajar dengan ahli BCR yang lain. sekian. 


For BCR-ian. Luv u all <3 


Serious betul bunyi entry kontest aku ni. Tak cukup kreatif macam contestants yang lain la. hihihi. Even aku jauh dari Kuantan, aku still buat entry kontest ni. Ni tanda sokongan aku dengan event BCR kali ni. peace, Assalamualaikum 

Saturday, March 10, 2012

Aku Special.. Kau?

Assalamualaikum


Apa khabar awak, awak dan awak yang 'ter'lalu kat blog saya ni.? ehh..bila masa guna 'saya' ni. okeyh! Aku nak share satu quote dengan korang tapi aku tak berapa nak ingat the actual words dia. So, ini just words yang saya create ikut kefahaman aku.


"The key to success is happiness. If you are not happy with what you are doing, then you will not gain the success. But if you gain the success without happiness, there will be no satisfaction".


Kira macam itu la ayatnya. Ataupun telah ditokoh-tambah oleh aku. ngeh!


Setiap orang ada kepakaran dalam sesuatu bidang which is makes them special in that field. Kenapa special? Sebab bukan semua orang boleh melibatkan diri dalam bidang yang khusus untuk kita. Sebagai contoh, entry aku semuanya best-best sampai ramai yang datang ke blog aku. Boleh kalah The Other Khairul. Caya laa. Dan bukan semua orang boleh hasilkan entry yang best untuk dibaca. Betul tak?? ngeh ngeh! Itu contoh je..aku tau entry aku biasa-biasa aje. heee




Ada lagi satu keadaan typical yang selalu terjadi. Aku gunakan typical ni sebab bagi aku dah banyak kali aku dengar hal-hal yang macam ni. Aku bagi satu keadaan ni. Korang tak minat sains tapi terpaksa ambil jugak bidang sains sebab nak puaskan hati sesetengah pihak. Tapi selalunya apa yang akan terjadi ialah korang akan end up dengan mengambil bidang yang korang paling berminat. Kan? 


Hal yang macam ni ada kebaikan dan keburukan dia. Kebaikan dia, korang akan lebih banyak pengalaman dalam bidang lain which is lebih senang nak cari kerja in the future. Itu pun kalau our country ada banyak peluang pekerjaan dalam bidang tu. Kalauuuu~ 
Keburukan dia pulak, korang maybe wasting time and money sebab akhinya korang dapat result yang kurang memuaskan or tersangat la teruk sehingga baru korang or certain pihak tu sedar yang tu bukan bidang korang. 




TAPI. Bukan kita yang menentukan perjalanan dalam hidup kita, tapi Allah s.w.t. Kita hanya merancang, dan DIA yang akan menentukan. Tapi macam mana pun, aku harap kita semua dapat buat pilihan yang sebaiknya dan perbanyakkan doa supaya jalan yang dipilih oleh kita diberkati olehNya. 


By the way, aku ada buat satu 'kerja' ni. Just secara sampingan dan kecil-kecilan. or bak kata omputih, as part time job. Kerja aku ni dimulakan dengan minat. Aku pun mulakan pencarian kelas-kelas yang boleh aku belajar  kat malaysia ni. Tapi rupanya kelas dia agak mahal untuk keadaan budjet aku pada waktu tu. So, aku belajar sendiri. Melalui Youtube. Then aku mula beli bahan-bahan dan cuba sendiri. Sikit-sikit aku belajar dan tingkatkan skill tangan aku. Aku sekarang ada buka page di Facebook. Namanya N'Craft. Sangat baru, dan banyak gambar tak diupload lagi sebab kebanyakkan product dulu just sebagai bahan ujian. Have a look. Thanks. 


Requested by CeritaSekupang. 

Monday, January 2, 2012

Trust??? Penting ke.........?

Assalamualaikum. 



Firstly aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada yang TERlalu blog HujanMenjerit yang dah dua minggu tak diupdate. hihi. Nak kata aku malas, tak jugak sebab setiap kali aku balik kerja..aku kepenatan and secara tak langsung otak aku pun penat jugak. Dari aku update entry yang mengarut, baik aku biarkan ia bersawang untuk sementara. ok? 






Bila cakap pasal soal kepercayaan ni, aku akan cakap aku hanya percayakan keluarga aku and kawan baik aku. Aku tak cakap aku tak percaya langsung orang lain tu, just not 100% trust. Lagi-lagi boys. Opss, based on experienced actually. 





Nak dikatakan, bukan hanya pada boys korang jangan percaya 100% tapi pada girls, makcik pakcik, atuk nenek EXCEPT bayi yang baru lahir. ngeh! It is true actually kalau korang fikir semula. Maybe bukan korang yang setuju dengan apa yang aku cakapkan ni, tapi orang lain yang secara tak sedar terlalu percayakan orang lain bila orang tu buat baik pada kita. Pun itu satu common sense bila orang buat baik, secara tak langsung kita akan letakkan kepercayaan kita pada orang tu. Aku paham tu sebab aku pernah jugak buat macam tu and maybe not my luck bila orang tu tikam belakang and suddenly akan buat aku hilang kepercayaan pada certain orang sampai sekarang. Yela..setiap orang lain hati, lain perangai dan lain niatnya. 




Different people have different 'color'



Tapi bila fikir secara positifnya, soal trust ni dapat lindungi diri kita sebenarnya terutama girls. That's why aku cakap jangan letak 100% kepercayaan kepada boys. Korang paham kan apa maksud aku? Tak paham..mai aku explain lagi. Sebagai contoh. Korang nak keluar dating, aktiviti biasa pasangan yang bercouple yang sudah semestinya keluar bertiga termasuk pihak ketiga yang tak diundang iaitu syaitan. Disebabkan korang dah ada gelaran pakwe-makwe, korang pun percaya la pada boyfie korang yang kononnya akan korang nikahi. Kononnya. Si Boyfie bawak korang ke mall, korang ikut..which is still lucky sebab kat mall ramai orang. Then, lama-lama si boyfie bawak pergi ke tempat gelap, dimana kalau korang kurang bijak, korang still ikut and bila korang tak ada luck...Tadaaaaa....zina pun terjadi. 





But korang sendiri ada akal and boleh berfikir which person yang boleh korang percaya and tak boleh. Dalam masa yang sama, take a risk on trusting them. Tak ada risiko dalam hidup, tak seronok la kan. That is why aku ambil risiko pergi ke KL berdua dengan rakan sekerja and tumpang tidur di tempat orang. My mum of course la tersangat bimbang sebab time tu aku tumpang rumah Kak Gadis Terbilang, which is aku just kenal dalam BCR chat room and siap tolong angkut Red Gitarputeh kat Kl Sentral. Risky right? Tapi aku percaya pada orang yang aku kenal and alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah. Tu semua gara-gara ada gathering BCR plus event di PICC (Tower of Faith). That's my first gathering and aku seronok gila sebab dapat main ice skating. Wuhoooo \\^0^// . 






Geng-geng BCR =)




Notakukukaki: Ahli BCR semuanya sangat sporting..Seriously sangat best.! Nak tengok gambar-gambar gathering yang lain boleh pergi ke Geng BCR disini:
CintaTulip, Fafa, CeritaSekupang. 



Ahli lain yang turut hadir: (Copy paste dari Kak GT =D):


1. Jejaka Terhangat
2. CintaTulip
3.Gadis Terbilang
4.Red Gitarputeh
5.Shy
6.Cerita Sekupang
7.Jeszyuu
8.mie fieena
9. Fafa
10.PedangTajam
11.Sufferedgezine
12.Beauty Lover
13.Zaza
14.Feeza Macho
15.Nanamanes
16.Islamic
17.The Crow (yang datang sekejap je -_-")
18.HujanMenjerit



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...