Monday, November 28, 2011

Crush on Someone? Apa nak buat ni~

Assalamualaikum

Ok, dah lama aku tak update. Kena ambil mood blogging semula ni. hihi. 




He/she loves me or not?




Aku rasa yang bakal korang baca ni something yang normal yang all teenagers pernah lalui. and aku sendiri pun pernah melaluinya. Semua orang akan pernah ada feeling or lebih tepat lagi love feeling pada seseorang. Walaupun sedikit, tapi semua orang pernah, bakal or tengah merasainya. Sekeras-keras hati manusia, akan ada seseorang yang berjaya mencairkan kekerasan hati tu. One day for someone yang belum pernah fall in love. Kalau tak, takkan ada istilah berkhawin dalam hidup korang. Betul tak?






"Macam mana nak tahu sama ada orang tu ada crush on kita jugak?"






Korang berkawan rapat. Almost everyday korang korang dapat gift dari si dia. Kalau girls, of course la coklat, teddy bear, bunga or anything yang cute la. Takpun korang selalu buat sesuatu bersama-sama, for example, study bersama, makan bersama, or even kelas bersama. Nak lagi bestnya, 24 hours korang contact-ing each other sama ada jumpa face to face, SMS or calling. 






One day, something happen. Korang nampak si dia bersama dengan orang lain. Means berdua sahaja. Mula la ada rasa jealous. Nak marah, tak boleh jugak sebab si dia bukan milik korang, nak biarkan je tapi hati tengah sakit. So ape yang nak dibuat?





ask he/her directly




Aku pernah tanya pendapat kawan-kawan aku. Some said, tanya si dia directly. WHAT? In girl's situation, of course la sampai bila-bila pun tak akan bertanya directly punya. We, girls ada sifat pemalu. Some maybe, sebab ada je yang terus tanya directly. sangat berani. hihi. ehem. Yang baru first time nak ada love feeling ni mesti la lagi dasyat serba salah sampai tak tau nak buat apa kan? For boy's situation, aku rasa senang je untuk korang tanya directly. Gentleman la sikit bro, jangan nak malu-malu kucing sangat plak kan. 







put up a fake smile





Some also said, Biarkan. Errrr..nak biarkan sampai bila? Sampai si dia dah kena rampas dengan orang lain baru nak mengaku korang ada crush kat dia? It's too late! Diorang jadi girlfriend boyfriend ok lagi, what if sampai ke jinjang pelamin? tak ada jodoh la tu Bukan apa, bila korang biarkan like nothin' happen, then si dia akan presume sendiri yang korang memang tak ada feeling kat dia. Certain people suka guna taktik 'bersama dengan orang lain' sebab nak tengok si dia jealous ataupun tidak. So, jangan sembunyikan feeling korang kalau betul-betul memang dah suka. 






Give hint!





Other point is Give HINT! hoyeaahh. Tapi boys kena alert sikit ya. Sebab when girls bagi hints, kadang-kadang ada boys ni noob sangat sampai girls dah fed up and then cari lain. HOHOHO. Serves you right!. Tapi selalunya boys berjaya interpret la sebab dah selalu contact-ing each other and takkan tak sedar langsung yang girls tu suka kat kau. Girls takkan 24hr mesej pada guys yang dia TAK suka or no love feeling with. Except kalau dia anggap korang as bestfriend. Make sure it as bestfriend ataupun tidak. 





Nota kukukaki: Ada point baru yang korang nak tambah? Dipersilakan. Boleh kita praktikkan. Eh silap, korang praktikkan. HOHOHO.

Wednesday, November 23, 2011

Cuci-cuci Mata. Also Open for ORDER ^^

Assalamualaikum ^-^



Dah lama aku tak update entry kan? Aku sedikit busy lately. Ada kerja part time, nak buat keychain clay lagi..
Ok, sekarang aku nak update picture polymer clay yang boleh dibuat as keychain or phone strap. Before ni ada jugak aku update tapi design buruk, sekarang pon still buruk...ikut la korang nak tengok ke tak kan..hee


Ada yang dah lama, and paling latest aku buat chibi (person) of Anwar Hadi, the v-blogger famous tu. Next will be, Matlutfi90. Yesss! So, enjoy ^^

i) Chibi : Anwar Hadi


This is Anwar Hadi, right?


Here are his chibi:


ter'dark' skin color dia. hihi ^^

nampak tak baju dia kaler biru tu? hihi 



ii)Guitar (as requested by Red Gitarputeh, Noah and my lil' sis)


Red (rujuk video sebab tu jadi camni, hoho)

Noah (Based on gambar, size a bit besar dari Red)

lil' sis ( evolution from Red's Version?) 



iii) Cakes


as been requested by my friend, SweetyMui2

sedikit rosak, akan buat yang baru ^^

cupcakes with strawberries on top 
Love this one ^^




iv) others




angry bird. ada balck & yellow jugak

BCR logo ^^

shaun the sheep (requested by elder sis)

chipsmore (size 50 sen)

flowers (actually nak buat pin tudung tapi tergendala lagi T-T)

the smurft (as requested by my friend, Ain)

Duckky? Test buat words pulak ^^

That's all. Kesian korang. Actually aku nak open untuk sesiapa yang nak order. Tak kira design apa-apa pun, aku akan cuba buatkan. Lagi bagus, bagi aku gambar sebagai reference. Kalau tak aku google gambar sendiri. HOHOHO.

Sebagai permulaan, harga aku bagi around RM3 & above. Depends on size, difficulties, and jenis (keychain or phone strap). Anything korang boleh je pm aku kat email aku. Ada kat sidebar. TQ. ^-^


Friday, November 18, 2011

I Love My Job - Guess Who Am I?

Er.. no salam for today. 


I love my job. Don't be jealous. 

Hello innocent girls and playboys. 



Straight to the point. I love my job. Dimana ada perempuan, dimana ada lelaki..disitu la aku. Aku ibaratkan manager setiap girls and boys sebab aku sepanjang masa akan ada bersama mereka. Menghasut untuk menerima tawaran yang aku mampu berikan kepada mereka. Yang mereka perlu buat, adalah patuh pada arahan aku. I like. 






Dengan hanya sedikit anasir-anasir magik yang aku taburkan pada mereka, mereka dah patuh pada perintah aku. Best kan? Aku gembira dan aku bangga. Tersenyum besar bila aku berjaya. Mereka bahagia, aku lagi la bahagia. 






Paksa!? Oh Pelizzz. Aku tak pernah paksa mereka. Aku hanya menggoda hati mereka dengan kenikmatan yang bakal diorang nikmati sekiranya ikut arahan aku. Korang tak percaya? Mari aku tunjukkan mangsa-mangsa aku. 




Hey you! yaaa YOU!!




Sebagai contoh. 




"Rambutmu cantik, lurus dan hitam menawan bak model dalam iklan shampoo. Rugi kalau tak tunjukkan. Mesti ramai yang tergoda dan jeleskan kau"




Dengan sukarelanya, mangsa aku akan menurut arahan. No more tudung. Tudung yang tak mampu tonjolkan kecantikan rambut mereka. Bila berjalan, mereka akan bangga dengan kecantikkan mereka. See, aku bagi mereka melihat itu semua. 






"Buat apa kamu nak susah-susah berulang-alik dari bilik air ke bilikmu. Lima kali sehari? Buang masa sahaja! Dalam masa tu, kamu boleh tidur lagi lama. Bukan ke kamu tidur lewat malam tadi?"





Kamu sendiri yang cakap, "Masa Itu Emas" so, buat apa nak buang masa menunaikan solat lima waktu tu. Yang berjaya aku hasut, akan terus tidur diulit mimpi. Yang tengah shopping, teruskan aktiviti shopping. Dan yang tengah study, teruskan study. Nanti tak sempat nak review semua. Baik kan aku? I know...tak payah puji lebih-lebih. 






"Nape nak duduk jauh sangat tu? Duduk la dekat sikit. Kan tengah sejuk ni. Dapat jugak korang panaskan badan korang. Pegang-pegang pun tak apa. Aku benarkan"






Akhirnya si jejaka duduk lebih rapat dengan si gadis. Atas alasan yang aku berikan, untuk memanaskan badan. Makin lama tangan mula menjalar ke sana sini. Opss..aku buat-buat tak nampak. Ok, line clear. Tapi kalau kena tangkap basah korang jela. Aku maintain kering. Diorang pun tak nampak aku. heee 



Tengok. Aku dah banyak tunjuk kebaikan kalau ikut apa yang aku cakap. 





Tapiiiiiii....




Listen to me!





Ada pulak yang degil! Apa yang aku hasut, tak masukkkk pulak tu. Tension aku. Macam ada dinding je sekeliling dia tu. Arghhhh. Yang aku geram, bila time azan aku tak dapat peluang langsung nak dekat dengan pelanggan aku. Dia makin jauh ada la. Lagipun aku kena tinggalkan dia kejap. Panas la dengar azan ni. Ish, tak suka aku. Kalau aku tinggal kejappp je, mesti dia mula la mengaji tu. Makin buat aku panas ada la. arghhh. 





Ada satu kes tu. Aku suruh dia jangan pakai tudung, nanti tak terserlah kecantikkan dia. Tapi dia degil jugak. Dia pekak ke hape? Dah penat aku sembur-sembur ayat-ayat magik aku. Haishh. Tapi tak apa, aku tak akan berputus-asa.





Walau macam mana pun, aku still suka kerja aku.. Sehingga berakhirnya zaman kehidupan pelanggan-pelanggan aku. Aku kan setia. *bangga*










updated: Dah tahu perangai si pekerja ni 'baik', jangan la diikut tapi mari la kita dekatkan diri kepadaNya. 








Nota kukukaki: Korang dapat tak teka siapa pekerja ni? 
Sila baca dengan iman yang teguh ye. Mane tau ada yang terikut..aku tak nak tanggungg..

Wednesday, November 16, 2011

Jodoh Itu Rahsia


Assalamualaikum



InsyaAllah, it'll come true




"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat". Perempuan yang baik itu insyaAllah akan dikurniakan jodoh yang baik jua. Siapa yang tak nak dapatkan jodoh yang baik. Seorang suami yang dapat mendidik wanita itu dan keluarga dari segi agama terutamanya. Sebab itu, diri sendiri kena berubah ke arah yang baik dahulu supaya insyaAllah dapat dikurniakan pasangan yang baik juga.




"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (Surah Al-Nur: ayat 26)




Tapi adakah jodoh yang datang itu akan hadir dalam bentuk yang baik pada permulaannya? Aku sendiri tidak tahu. Possible juga jodoh yang hadir itu akan datang dalam bentuk yang kurang baik. Sebagai contoh, seorang lelaki yang disegani dan dihormati oleh penduduk-penduduk kampung disitu atas tingkah lakunya yang baik dan aklaknya yang terpuji. Atas sebab dakwah, lelaki tersebut dikahwinkan dengan seorang gadis yang mempunyai tingkah laku yang teruk dan selalu ingkar perintahNya. Berbeza dengan perangai lelaki itu. Tapi, dengan tanpa jemu si suami melayan kerenah si isteri dengan penuh kasih sayang, berdoa kepadaNya bahawa satu hari nanti si isteri akan berubah ke arah kebenaran. Dengan IzinNya, pintu hati si isteri terbuka dan perlahan-lahan berubah berpandukan tunjuk ajar si suami.








Tapi ada kes yang sebaliknya. Si isteri tak berjaya diubah perangainya sehingga si suami menjadi serik. Rumahtangga hancur berkecai. Aku akan cakap, "tak ada jodoh la tu".





what 'bout me?





Kalau semua perempuan or lelaki yang tak baik berpasangan dengan lelaki or perempuan yang tak baik jugak, macam mana mereka nak insaf? Perangai sendiri dah tak baik, persekitaran bersama pasangan pun dah tak baik, makin bertambah tak baik la jadinya. Sebab itu ada kes seperti contoh yang aku nyatakan kat atas tu. Atas dasar dakwah.






Jodoh ni rahsia Allah s.w.t. “Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya”, itu adalah sebagai peringatan kepada kita untuk mencari pasangan yang baik dan bukannya bila kita baik, tup tup memang sah pasangan kita pun baik. Nope nope nope.




Hal jodoh itu rahsia





So mari kita berdoa dari awal supaya dikurniakan jodoh dan pasangan yang baik. Amin.




Nota kukukaki: Aku nak yang baik sebab aku sendiri kurang baik. Boleh? Hohoho ^0^


Peace Sign...Sure ke Boleh Guna?

Assalamualaikum


1-2-3 peaceeee!!


Wahai gadis dan jejaka yang suka bergambar. 
Peace sign? Peace sign yang selalu sangat kita tengok orang buat bila bergambar. Aku juga tak terkecuali. Why? We thought it is cute. And kalau korang bergambar dengan cara tu, at least korang tak nampak kaku depan kamera. Betul tak? 



"But do you guys know the real meaning of peace sign?"




Dari apa yang aku baca kat google, peace sign ni not suitable untuk our religion. Islam of course. Peace sign is the simbol of satanism. Erk. Satanism? Korang boleh try baca sendiri. Kenapa la aku tak tahu dulu?? T-T So, sekarang dah tahu, no more peace sign. okeyh!? Good.


Maklumat lebih lanjut pasal simbol ni korang boleh pergi ke sini: (go here)






what does it means?




Kalau dulu kita just ikut apa yang orang buat, tanpa sedar simbol tu bukanlah simbol yang baik. Dari word 'peace' tu sendiri, kita ingat ia bermaksud kedamaian ape semua tu. Tapi rupa-rupanya tak. Bayangkan dari kecik sampai besar, bila bergambar, simbol tu jugak yang kita guna. Tanpa sedar. Even artis tanah air sendiri pun guna simbol ni bila bergambar, so that is why certain people, like me, tak sedar maksud disebalik simbol tu sendiri. Simbol yang rocker stars guna selalu tu pun orang kata tak baik jugak. Nasib baik aku tak suka guna. =_=". 





Ada orang kalau tak ada peace sign, tak boleh nak bergambar. Kaku. Dari atas sampai ke bawah, KAKU. So, why don't we change the peace sign?  Guna cara lain. So, disini aku nak share sikit video pasal The History and Evolution of the Peace Sign. Sebenarnya, ada banyak jenis gaya posing yang berbeza mengikut culture. Mungkin ada a little bit pasal peace sign tu (white people tak silap aku) tapi aku nak korang tengok culture lain punye posing. For example gaya unicorn, lesung pipi punya ke?=_= paham?







So? Dah ada gaya posing bergambar korang? So, change the peace sign or yang ada unsur-unsur Satanism tu. Nak bergambar kan ada banyak cara lain?









The Peace Sign & Satanism: (klik)
Peace Sign History: (klik)


Hv fun watching and reading ^^

Sunday, November 13, 2011

Solat Jumaat diremeh-temehkan?

Assalamualaikum




Asal mention Solat Jumaat je, mesti dikaitkan dengan kaum lelaki. Dengan berbaju melayu, berkain pelikat dan bersongkok or berkopiah, samada jalan kaki, naik motor ataupun naik kereta dan menuju ke tempat yang sama iaitu ke rumah Allah s.w.t. sukanya aku


Rasulullah bersabda bermaksud : 
"Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit". (HR Abu Daud dan Al-Hakim)


11.11.2011. Tarikh yang semua orang kejarkan, tarikh yang semua orang puja semata-mata nombor yang cantik. Aku paham. On that day, aku hang out dengan kawan-kawan aku. Memang set on Jumaat sebab kawan-kawan aku semua dah nak habis cuti raya. And aku tak sedar langsung tarikh yang kononnya keramat tu jatuh hari Jumaat tu. Aku abaikan. 



Ok. The situations are :

Dating or Solat Jumaat yang lebih penting? 


Solat Jumaat ke? or Awek aku? 


Aku rasa tak salah kalau si jejaka tu tinggalkan sebentar si awek semata-mata untuk pergi menunaikan solat jumaat. Kalau aku dalam situasi tu pon, aku yang akan paksa si jejaka untuk pergi tinggalkan aku. I don't mind. Seriously. Si awek takut? Kalau tau takut, nape nak dating time solat Jumaat? Sebab nak kejar tarikh keramat, 11.11.2011? Oh plizzz. Tolong cari reason yang lagi munasabah boleh tak. By the way, kalau dah takut sangat, duduk la kat surau perempuan. Solat zuhur ape semua and then stay situ sampai si jejaka balik.


"Guys, korang prefer tinggalkan awek or tinggalkan Solat Jumaat, apa yang disuruhNya?" 

and

"Girls, korang nak ke boyfie korang tu dipandang semacam sebab tak pergi solat Jumaat?"



Kerja or Solat Jumaat yang lebih penting?






Aku pernah kerja part time. And aku boleh tengok boys mana yang pergi solat jumaat, and yang mana tak pernah pergi. Dari pemerhatian aku, kebanyakkannya tak pergi. Sebab kena jaga kedai. Aku paham. Tapi semua benda ada jalan penyelesaian kan? Korang tinggalkan kedai di bawah penjagaan kawan kedai sebelah or cari partner kerja (preferably girls la). Tak salah kan? Barang hilang, kau tanggung sendiri la. hihi. Tapi kes ni depends pada jenis kerja tu sendiri. Sebab tu cari la kerja yang tak halang korang pergi solat. Habis cerita. 


Tamat storytelling dah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...