Entry kali ni tercetus daripada kes Bola Sepak Piala
Malaysia 2011: Terengganu vs Negeri Sembilan. First of all aku ucapkan tahniah
kepada Negeri Sembilan atas kejayaan korang. Aku tak tahu la sama ada berita ni
sahih atau pun tidak, tapi mesti korang ada dengar kes penyokong Negeri
Sembilan yang membakar bendera Terengganu. Satu je respons dari aku; Beraninya
mamat tu!
Apa punca dari kes ‘mencari maut’ tu? Sebab semangat kenegerian yang terlalu kuat or Dia gembira sangat negeri dia menang sampai tak sedar TERbakar bendera negeri orang. Hihi.
Semangat kenegerian ni bagus. Amatla bagus sebab kalau tak
ada semangat cintakan negeri tu, memang dah lama musnah aka tak maju la negeri
tu.
Si Mamat A: “Eh, ko join ke pertandingan bola sepak tu? Bukan ko ada exam ke aritu? Biar betik ko ni.”
Si Mamat B: “Exam tak exam aku tetap nak join jugak! Peringkat negeri tu bro. Takkan aku nak negeri kita kalah!”
Masalahnya, kalau semangat kenegerian tu dah berlebihan, apa
yang akan terjadi?
Minah: “Cuba ko tengok. Mana-mana tempat, even kat pedalaman pun ada orang dari negeri aku. Negeri ko ada?”
Siti: “itu pun nak dibangga ke? Adess”
Ada sesetengah orang terlalu membanggakan negeri sendiri
sampai tak sedar orang dari negeri lain pun wujud jugak. Sedar ke tidak, negeri
sendiri and negeri lain pun still under Malaysia jugak. Nape nak over banggakan
negeri sendiri sampai negeri orang lain dihenyak-henyak.
Semangat kenegerian tu biarlah bersederhana sahaja
Setiap orang ada adat, bahasa or ‘slang’ dan permakanan yang
tersendiri and that’s make Malaysia unique. Plus, berbilang kaum. Lagila
unique.
Ada orang bila dah jumpa orang negeri sendiri, mula la kawan dari negeri lain diabaikan. Penggunaan bahasa or ‘slang’ sendiri digunakan sampai pada satu tahap si kawan negeri lain memang tak paham satu habuk pon apa yang korang bincangkan. Yang paling teruk apabila si kawan tu ditinggalkan seorang diri terkontang-kanting semata-mata korang nak join group negeri sendiri.
So, tepuk dada tanya tahap mana semangat kenegerian korang
tu.






























