Saturday, March 31, 2012

Contest Cerita Seram: Ketukan Misteri

Assalamualaikum. 

klik untuk ke blog toke cerita seram 

Selama 23 tahun ni, aku tak pernah lagi terserempak dengan mana-mana hantu which is lega sikit rasa hati. hew hew. Ok aku straight to the point sahaja la. 

****
Cerita ni berlaku semasa aku berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dimana dalam satu bilik hanya ada empat orang pelajar sahaja termasuk aku. Setiap katil disusun pada setiap bucu bilik so bahagian tengah bilik memang ada ruang kosong. 

Time tu masa peperiksaan makin dekat and aku memang jenis yang suka study pada tengah malam bila kawan-kawan aku dah tidur. Sejak dua menjak aku selalu dengar ura-ura orang kata blok sebelah (bukan blok aku) selalu ada kelibat hantu pocong. Siap ada yang landing dalam bilik air tempat kitorang basuh baju (singki konkrit). Sejak tu makin ramai yang tidur awal termasuk roomate aku.


Pada satu malam tu, aku sengaja tidur lewat sebab banyak lagi tutorial yang aku belum siapkan. Disebabkan kesemua roomate aku dah tidur, aku tutup lampu and just bukak lampu meja. Lampu meja plak macam hidup mati tak mau je (-_-") and meja aku mengadap dinding yang membelakangkan pintu bilik. Pada jam 1.30, aku terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik aku...

"tuk..tuk..tuk" 

Tiga kali ketukan. Kawan aku pernah berpesan, "kalau ketukan tanpa salam jangan bukak pintu..tu bukan kami orang". Yang ni memang tiada salam. Tiga kali ketukan yang slow dan tanpa salam. Nak katakan aku tersalah dengar mustahil plak sebab ketukan tu memang jelas and keadaan dalam bilik memang sunyi sepi. Tanpa berlengah lagi, aku terus tutup buku, lampu meja dibiarkan terbuka dan terus masuk tidur. Berselimut satu badan. 

Keesokkannya aku tanya sorang-sorang kat setiap bilik..

"Korang ada ketuk pintu bilik aku ke semalam?" 

Kesemuanya jawab tak sebab diorang semua dah tidur awal sejak dengar kes pocong di blok sebelah. 

p/s: Blok aku dan blog sebelah tak jauh, memang tersangat dekat. 
The end

***

Cerita kedua : 


Lagi satu kisah ni plak terjadi time aku belajar di Sarawak. Dalam satu bilik akan ada dua orang pelajar sahaja. Aku memang selalu ada problem komunikasi dengan roomate aku tu. Setiap kali aku cakap dengan dia, dia akan ignore aku. Rasa macam cakap dengan dinding tahu tak? Satu semester jugak la aku bertahan dengan perangai dia. Pada semester kedua.................. cerita sebenar terbongkar..




Pada satu malam, (time ni aku masih tak tau hal sebenar) semasa aku tengah tidur tetiba aku dapat detect yang aku bakal dihempap oleh sesuatu. Sebab aku dari kecik memang selalu kena hempap so aku dah tahu macam mana nak handle. Tapi kali ni lain. Aku dapat rasakan ada benda yang main-main kat leher aku dan bukan sekadar menghempap. Aku cuba bukak mata tapi yang aku dapat lihat hanyalah lembaga hitam (kabur) sambil terdengar bunyi gelakan ibaratkan benda tu tengah gelakan aku. Sebab rasa tak sedap hati, aku baca ayat-ayat yang aku amalkan sejak dulu sambil struggle melawan benda tu. Penat seh!!!  At last, aku berjaya dan aku tidur seperti biasa. 


Keesokkannya aku ceritakan pada roomate aku. Cerita sebenar pun terbongkar. Rupa-rupanya dalam bilik tu memang ada sesuatu. Kawan aku kata itu adalah jin lelaki islam kalau seingat aku la. Sebenarnya sejak dari semester 1, kawan aku memang selalu dikacau oleh benda tu. Setiap kali dia study, dia mesti rasa macam ada orang tiup-tiup telinga dia, bunyi cakaran di dinding and so on. Selepas itu aku makin alert dengan keadaan sekeliling. Last kejadian sebelum kami orang berpindah bilik bila aku terdengar orang cakar dinding and meja belajar aku memang betul-betul sebelah tingkap, tempat di mana bunyi cakaran tu terjadi. 

Tamat. 

Sunday, March 18, 2012

Contest BCR #2 : How I met BCR?

Assalamualaikum

Ok, aku straight to the point je.

Untuk pengetahuan korang, blog aku ni still baru and belum sampai setahun lagi usianya. Macam newbies yang lain jugak, aku time tu tersangat la rajin nak update entry sampai sehari tu rasa nak update berkali-kali. Bukan sebab idea mencurah-curah tapi sebab terlalu excited buat benda baru, iaitu blog.




Semuanya aku belajar sendiri sampai la aku tau tips pasal blogwalking kalau nak naikkan blog korang. So aku pun blogwalking..sampai sakit kepala mengadap lappy lama sangat. Then.................

Once upon a time.....entah macam mana, aku terjumpa satu blog. Aku memang terpikat dengan cara penyampaian penulisan dia sebab entry dia bukan pasal personal diri dia. Seriously aku memang tak nak tau cara hidup orang lain melainkan dia tu orang terkenal and kita wondering "Ape yang best sangat pasal budak ni??". Mane tak nyer, tak akan sampai kucing dia curi ikan rumah jiran pun nak cerita. Boring~~ *troll face*




So aku pun start baca semua entry dia. Best. Sampai la aku amik inisiatif, suruh dia survey entry aku. Perbetulkan apa yang tak betul. Tutt tuttt... he came!! Seriously aku memang tak sangka la kan. Sebab aku selalu survey blog dia, aku ternampak icon tembak-tembak yang agak ganas jugak la tapi kiut. Then aku terjumpa word "BCR".

"Ape tu??"


Aku klik, then ternampak official website BCR. Aku try nak join chat tapi tak dapat. Habis semua benda aku tekan, tapi still tak dapat. Sebenarnya aku pening tengok website BCR tu. *Maaff!!! hihihi. So aku abaikan. Sampai la bila tuan punya blog best tu komen. 



"Tak nak join BCR ke?"


Orangnya Red Gitarputeh la. Siapa lagi kan. hihi. For second time aku try survey BCR, and for a few attempts, finallyyyy aku berjaya! Aku bagi salam dan aku pun mula kenal bloggers lain such as kak GT, CeritaSekupang, JejakaTerhangat dan lain-lain la. Dan macam biasa jugak, kyo tanya aku something.


"a/s/l?"

and aku macam "hah???".... rupa-rupanya tu tugas kyo, soal siasat newbies BCR. Sampai la sekarang aku bersama dengan BCR and makin banyak ilmu-ilmu aku belajar dengan ahli BCR yang lain. sekian. 


For BCR-ian. Luv u all <3 


Serious betul bunyi entry kontest aku ni. Tak cukup kreatif macam contestants yang lain la. hihihi. Even aku jauh dari Kuantan, aku still buat entry kontest ni. Ni tanda sokongan aku dengan event BCR kali ni. peace, Assalamualaikum 

Saturday, March 10, 2012

Aku Special.. Kau?

Assalamualaikum


Apa khabar awak, awak dan awak yang 'ter'lalu kat blog saya ni.? ehh..bila masa guna 'saya' ni. okeyh! Aku nak share satu quote dengan korang tapi aku tak berapa nak ingat the actual words dia. So, ini just words yang saya create ikut kefahaman aku.


"The key to success is happiness. If you are not happy with what you are doing, then you will not gain the success. But if you gain the success without happiness, there will be no satisfaction".


Kira macam itu la ayatnya. Ataupun telah ditokoh-tambah oleh aku. ngeh!


Setiap orang ada kepakaran dalam sesuatu bidang which is makes them special in that field. Kenapa special? Sebab bukan semua orang boleh melibatkan diri dalam bidang yang khusus untuk kita. Sebagai contoh, entry aku semuanya best-best sampai ramai yang datang ke blog aku. Boleh kalah The Other Khairul. Caya laa. Dan bukan semua orang boleh hasilkan entry yang best untuk dibaca. Betul tak?? ngeh ngeh! Itu contoh je..aku tau entry aku biasa-biasa aje. heee




Ada lagi satu keadaan typical yang selalu terjadi. Aku gunakan typical ni sebab bagi aku dah banyak kali aku dengar hal-hal yang macam ni. Aku bagi satu keadaan ni. Korang tak minat sains tapi terpaksa ambil jugak bidang sains sebab nak puaskan hati sesetengah pihak. Tapi selalunya apa yang akan terjadi ialah korang akan end up dengan mengambil bidang yang korang paling berminat. Kan? 


Hal yang macam ni ada kebaikan dan keburukan dia. Kebaikan dia, korang akan lebih banyak pengalaman dalam bidang lain which is lebih senang nak cari kerja in the future. Itu pun kalau our country ada banyak peluang pekerjaan dalam bidang tu. Kalauuuu~ 
Keburukan dia pulak, korang maybe wasting time and money sebab akhinya korang dapat result yang kurang memuaskan or tersangat la teruk sehingga baru korang or certain pihak tu sedar yang tu bukan bidang korang. 




TAPI. Bukan kita yang menentukan perjalanan dalam hidup kita, tapi Allah s.w.t. Kita hanya merancang, dan DIA yang akan menentukan. Tapi macam mana pun, aku harap kita semua dapat buat pilihan yang sebaiknya dan perbanyakkan doa supaya jalan yang dipilih oleh kita diberkati olehNya. 


By the way, aku ada buat satu 'kerja' ni. Just secara sampingan dan kecil-kecilan. or bak kata omputih, as part time job. Kerja aku ni dimulakan dengan minat. Aku pun mulakan pencarian kelas-kelas yang boleh aku belajar  kat malaysia ni. Tapi rupanya kelas dia agak mahal untuk keadaan budjet aku pada waktu tu. So, aku belajar sendiri. Melalui Youtube. Then aku mula beli bahan-bahan dan cuba sendiri. Sikit-sikit aku belajar dan tingkatkan skill tangan aku. Aku sekarang ada buka page di Facebook. Namanya N'Craft. Sangat baru, dan banyak gambar tak diupload lagi sebab kebanyakkan product dulu just sebagai bahan ujian. Have a look. Thanks. 


Requested by CeritaSekupang. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...