Monday, December 12, 2011

Bertudung..tapi Tak Bertudung.

Assalamualaikum 



Macam mana, bertudung tapi tak bertudung? Kalau korang ikuti perkembangan entry Solihin Zubir, dia pernah buat entry pasal Tudung Chipsmore. Mati-mati aku ingat tudung baru -_-". Tudung Chipsmore tu untuk jenis girls yang pakai tudung tapi sekejap ada, sekejap tak ada. Serupa Chipmore kan???





Gadis Chipsmore 



Aku nak ulas sikit pasal tudung Chipsmore ni. Semua level umur memang akan ada yang gayakan tudung Chipsmore ni sebab dari aku sekolah menengah till sekarang, memang tak pernah lari dari mata aku jenis gaya bertudung ni. Cuma baru sekarang aku tahu nama samaran gaya bertudung tu. Kesian kan aku baru tahu. HOHOHO. Tapi perasan tak one thing? Time ke kelas, diorang bertudung tapi bila habis kelas or sekolah, tudung pun entah hilang kemana. Rambut panjang or pendek sengaja diuraikan, Ada yang cepat-cepat masukkan dalam beg sebab tak nak bagi orang perasan kau tu bertudung pada asalnya. Malu ke pakai tudung tu? Pakai tudung sebab nak dapatkan ilmu semata-mata, pastu tanggalkan tudung. Boleh someone bagi reason yang kukuh untuk aku tak??? 




"Bertudung sebab fesyen"




Sekarang kan famous gaya bertudung yang bermacam-macam jenis, and latest gaya hana tajima. Ke ada yang lagi latest? Sori la aku sekarang tak uptodate sangat pasal style tudung ni. Bila semua orang pakai, aku baru terkinja-kinja nak try jugak. Pastu menyampah bila pakai tak sekemas orang lain. -_-". So, disebabkan kat Malaysia ni agak top pasal fesyen bertudung ni, so ada certain girls yang tak bertudung pun pakai tudung dengan niat nak berfesyen. Bukan niat untuk tutup aurat. No wonder ramai je yang bertudung sempoi-sempoi. Sebab bila seseorang tu pakai sebab fesyen tanpa utamakan aurat, then orang lain pun tengok "wowww cantekknyaaa", maka diorang pun terikut-ikut. Yes, girls cepat terikut. Fesyen terutamanya. Sebagai contoh, korang boleh tengok trend pemakaian rantai burung hantu. Dulu mana ada kan? Seorang dua pakai, then mula la diri sendiri pun teringin mencuba. Bila dah heboh barang perhiasan berbentuk haiwan HARAM dipakai, mula la menyesal. Menyesal sebab bazir duit beli rantai burung hantu, kenapa tak beli bentuk lain. Bukan sebab dada  bakal dijaja untuk tatapan orang ramai demi untuk tunjukkan rantai. -_-"



Gaya bertudung si pemakai tudung Chipsmore elakkan ^^



Ni lagi satu. Asal nak bermekap untuk wedding je, mesti ada gambar yang tak bertudung or paling sopan pun nampak leher AJEEE. Konon nak tunjuk moment-moment dalam proses perkahwinan.. Padahal diri tu memang ada tittle as girl bertudung.  Perlu ke?? Aku rasa tak salah kalau kau nak halau jurukamera tu time sesi bermekap tu. Entah-entah jurukamera tu lagi happy tak bersubahat buat dosa pampangkan gambar aurat seorang perempuan. Sayangkan gambar or sayangkan aurat???





Orang kata nak tegur orang ke arah kebaikan ni biarla kena pada caranya. Sebab kalau aku pun, aku suka orang tegur secara baik. Aku makan teguran, tapi bukan teguran secara kasar. Secara lembut baru la serap rasa insaf dan kekal lama. Berubah ke arah kebaikan sebab nak show pada orang lain, baik tak payah. Kalau niat tak betul, tak lama perubahan yang korang buat tu. So, yang tak bertudung dan bertudung chipsmore, aku doakan pintu hati korang terbuka untuk bertudung pada satu masa nanti dengan NIAT YANG BETUL. 



Suka ayat-ayat ni ^^


Notakukukaki: Aku buat entry kat tempat kerja. Mentang-mentang bos tak ada.hihi. Tapi semua kerja dah siap pon. *muka bangga*


Credits to: SZ (for the picture and tittle "tudung Chipsmore) & TudungPeople. Sebab aku tak nak tunjuk gambar girls tak bertudung. Nanti tak ke kira bersubahat? kan kan.. *muka innocent ni* XD

Thursday, December 8, 2011

Sesuka Hati cakap PUNCA Aib Sendiri Terbongkar

Assalamualaikum

Dah beberapa hari tak update. Sorry guys. Ni pun update selepas bangun tidur, belum mandi lagi ni..nanti kena bersiap pergi kerja as usual. Baru part time. HOHOHO. Whatever -_-"




Ok. Directly to topic. Perlu ke kita beritahu kisah peribadi kita 100% to public? Anda artis (for real artis means) or just retis iaitu meletopps melalui saluran media yang lain for example; blog, v-log, and so on? Bagi yang belum tahu, retis tak wujud dalam mana-mana kamus dewan or seangkatan dengannya. Word "retis" mucul dari pengguna-pengguna twitter yang entah macam mana terhasil la word "retis". Hoyeaahh. New word!





Take a good care of our identity (sumber pic)




Sambil korang berborak dengan kawan-kawan, mesti akan ada terselit sedikit story yang berkaitan dengan hidup korang. Bukan apa, just nak bagitahu yang korang pun pernah experience benda yang sama dengan kawan-kawan and so on. But, ada some people yang sengaja reka-reka cerita yang pada mulanya orang akan say 'wow' for the first time dengar and rasa annoyed bila dah perasan cerita tu sangat la tipu untuk dipercayai. Yeahh, korang terTIPU! For example,




Justin Bibir: "Aku ada kereta sport kaler merah kau tau takk? Bapak aku yang belikan kereta tu..Korang ada? Tak ada kannn...yeahh, i know i know *muka bangga 
Peah: "Nape aku tak pernah nampak pun? Aku tinggal satu kawasan perumahan dengan kau jugak sebenarnya. Setiap hari aku boleh nampak kau tapi apesal aku tak pernah plak nampak kereta sport?" 
Justin Bibir: "EH! Kita satu kawasan perumahan ke!!? Apesal aku tak tahu? -_-" Kantoi~




This type of people saja nak reka cerita semata-mata nak tarik perhatian orang lain. Yang kononnya hidup dia superb macam artis padahal biasa je macam kawan-kawan dia. Patut ke? Boleh hilang kawan kalau guna cara ni derr. agak-agak la kalau nak menipu tu kan . hihihi. Tak pasal-pasal dapat gelaran penipu.






Some people pula sengaja nak hebohkan kisah cinta dia yang kononnya dia tu bajet hot dan jadi rebutan semua lelaki/perempuan. Pantang dia keluar rumah, mesti akan ada yang cuba nak tackle dia. Setiap story antara dia dan si buah hati mesti nak diceritakan pada orang lain sampai dia sendiri tak sedar cerita tu dah berapa kali diulang tayang sampai orang kena cakap "kau dah cerita pasal tu". Bila call si buah hati, mesti nak cakap kuat-kuat biar satu dunia ni boleh dengar apa yang dia cakap dengan si dia. Ayat euuww euww pun nak bagi orang dengar jugak ke?? Tolonglaaaa -_-". Kalau orang tak tanya, tak perlu kau sibuk sibuk nak cerita lebih-lebih. Sikit-sikit tak ape lagi, tapi bila dah overdose orang dengar, boleh muntah tau tak?






Control what you going to say (sumber pic)





Bila dah terlalu asyik bercerita pasal kisah peribadi tanpa sempadan, so dengan tidak sengaja cerita aib sendiri pun boleh terbocor. Pastu orang akan pandang serong and cop korang "perempuan tak tahu malu". Nak ke? Orang cerita pasal "kena gosok baju setiap hari untuk husband sendiri", kau pun sibuk nak cerita benda yang sama. Padahal kau tak kahwin lagi, so kau gosok baju untuk that guy bila masa? Kan terkantoi cerita kisah yang tak patut diceritakan. -_-"






Lain kali berfikir la dahulu sebelum bercakap. Kalau tertypo time bercakap tak apa lagi, tapi jangan sampai tercerita benda yang tak patut pun nak diceritakan pada semua orang. Tul tak?




Notakukukaki: Bos cakap aku muka budak-budak. Mana ada!! -_-" . So kena re-shoot balik. 

Saturday, December 3, 2011

Apabila cinta berlandaskan nafsu semata-mata.

Assalammualaikum





Love kononnya. Meluat aku. 




Manusia akhir zaman. Memang macam-macam yang berlaku. Ni pulak kes emak kahwin dengan anak sendiri!!? Nauzubillah. Biar betul diorang ni. Manusia dah makin berani nak langgar perintahNya. Emak kahwin dengan anak? Sampai sekarang masih rasa tak boleh nak percaya je bila tengok video Youtube ni. Video ni dah lama. Aku rasa ramai yang dah tahu. 









Seorang emak yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak-anak, sekarang ni merosakkan anak sendiri semata-mata cinta yang ditiup oleh sang iblis. Why? Sebab cinta tu berdasarkan nafsu semata-mata. Itu bukan cinta la der, tu cinta nafsu orang panggil. Remaja dengan gaya remaja, orang tua dengan gaya orang tua, sekarang emak-anak punya gaya pulak? Lepas ni, datuk-cucu or nenek-cucu pulak???  Geli kot. Dengan rasa tak malunya, diorang sanggup buat pendedahan pasal hubungan cinta diorang di tv. Oh sempoi sungguh! Sepatutnya muka diorang ditutup, tapi kononnya nak tunjuk berani, diorang tolak offer tu. Sangat berani. Orang tengah mabuk cinta. Nak tunjuk cinta diorang tu besar, suci sangat ke?? Pehlizzz.






"Bukan buat dengan orang lain, tapi dengan anak sendiri"








Haaaa???? Aku salah dengar ke? Someone, please betulkan apa yang aku dengar kat video tu. Agak-agak aku tersalah dengar ke. Anak sendiri kot!! Seriously aku sangat bersimpati kat diorang. Ni baru namanya kekurangan kasih sayang. Tak dapat nak cari orang lain, nafsu sendiri dilepaskan ke anak sendiri. Aku sangat kesian kat that boy and at the same time aku rasa boy tu sangat la *fill in the blank*. Time tu 20 tahun, takkan tak boleh berfikir betul-betul lagi. Memang la emak kau paksa, tapi perintah mak ayah tu boleh ditentang kalau melanggar perintah Allah s.w.t tu sendiri. 







"Perintah siapa lagi penting?"  Pikir la sendiri. 






Diorang kahwin? Yup, based on interview ni, diorang macam sudah kahwin. Sungguh aku tak paham. -__-"

Here's the video. Tonton and pikir la baik buruknya, yang sememangnya 100% buruk la. 








Nota Kukukaki: Video ni dah lama rupanya. hihi ^^ Untuk perkongsian dengan semua orang supaya mengelakkan kes macam ni dari berlaku lagi. Semoga kita dilindungi olehNya. aminn. 

Monday, November 28, 2011

Crush on Someone? Apa nak buat ni~

Assalamualaikum

Ok, dah lama aku tak update. Kena ambil mood blogging semula ni. hihi. 




He/she loves me or not?




Aku rasa yang bakal korang baca ni something yang normal yang all teenagers pernah lalui. and aku sendiri pun pernah melaluinya. Semua orang akan pernah ada feeling or lebih tepat lagi love feeling pada seseorang. Walaupun sedikit, tapi semua orang pernah, bakal or tengah merasainya. Sekeras-keras hati manusia, akan ada seseorang yang berjaya mencairkan kekerasan hati tu. One day for someone yang belum pernah fall in love. Kalau tak, takkan ada istilah berkhawin dalam hidup korang. Betul tak?






"Macam mana nak tahu sama ada orang tu ada crush on kita jugak?"






Korang berkawan rapat. Almost everyday korang korang dapat gift dari si dia. Kalau girls, of course la coklat, teddy bear, bunga or anything yang cute la. Takpun korang selalu buat sesuatu bersama-sama, for example, study bersama, makan bersama, or even kelas bersama. Nak lagi bestnya, 24 hours korang contact-ing each other sama ada jumpa face to face, SMS or calling. 






One day, something happen. Korang nampak si dia bersama dengan orang lain. Means berdua sahaja. Mula la ada rasa jealous. Nak marah, tak boleh jugak sebab si dia bukan milik korang, nak biarkan je tapi hati tengah sakit. So ape yang nak dibuat?





ask he/her directly




Aku pernah tanya pendapat kawan-kawan aku. Some said, tanya si dia directly. WHAT? In girl's situation, of course la sampai bila-bila pun tak akan bertanya directly punya. We, girls ada sifat pemalu. Some maybe, sebab ada je yang terus tanya directly. sangat berani. hihi. ehem. Yang baru first time nak ada love feeling ni mesti la lagi dasyat serba salah sampai tak tau nak buat apa kan? For boy's situation, aku rasa senang je untuk korang tanya directly. Gentleman la sikit bro, jangan nak malu-malu kucing sangat plak kan. 







put up a fake smile





Some also said, Biarkan. Errrr..nak biarkan sampai bila? Sampai si dia dah kena rampas dengan orang lain baru nak mengaku korang ada crush kat dia? It's too late! Diorang jadi girlfriend boyfriend ok lagi, what if sampai ke jinjang pelamin? tak ada jodoh la tu Bukan apa, bila korang biarkan like nothin' happen, then si dia akan presume sendiri yang korang memang tak ada feeling kat dia. Certain people suka guna taktik 'bersama dengan orang lain' sebab nak tengok si dia jealous ataupun tidak. So, jangan sembunyikan feeling korang kalau betul-betul memang dah suka. 






Give hint!





Other point is Give HINT! hoyeaahh. Tapi boys kena alert sikit ya. Sebab when girls bagi hints, kadang-kadang ada boys ni noob sangat sampai girls dah fed up and then cari lain. HOHOHO. Serves you right!. Tapi selalunya boys berjaya interpret la sebab dah selalu contact-ing each other and takkan tak sedar langsung yang girls tu suka kat kau. Girls takkan 24hr mesej pada guys yang dia TAK suka or no love feeling with. Except kalau dia anggap korang as bestfriend. Make sure it as bestfriend ataupun tidak. 





Nota kukukaki: Ada point baru yang korang nak tambah? Dipersilakan. Boleh kita praktikkan. Eh silap, korang praktikkan. HOHOHO.

Wednesday, November 23, 2011

Cuci-cuci Mata. Also Open for ORDER ^^

Assalamualaikum ^-^



Dah lama aku tak update entry kan? Aku sedikit busy lately. Ada kerja part time, nak buat keychain clay lagi..
Ok, sekarang aku nak update picture polymer clay yang boleh dibuat as keychain or phone strap. Before ni ada jugak aku update tapi design buruk, sekarang pon still buruk...ikut la korang nak tengok ke tak kan..hee


Ada yang dah lama, and paling latest aku buat chibi (person) of Anwar Hadi, the v-blogger famous tu. Next will be, Matlutfi90. Yesss! So, enjoy ^^

i) Chibi : Anwar Hadi


This is Anwar Hadi, right?


Here are his chibi:


ter'dark' skin color dia. hihi ^^

nampak tak baju dia kaler biru tu? hihi 



ii)Guitar (as requested by Red Gitarputeh, Noah and my lil' sis)


Red (rujuk video sebab tu jadi camni, hoho)

Noah (Based on gambar, size a bit besar dari Red)

lil' sis ( evolution from Red's Version?) 



iii) Cakes


as been requested by my friend, SweetyMui2

sedikit rosak, akan buat yang baru ^^

cupcakes with strawberries on top 
Love this one ^^




iv) others




angry bird. ada balck & yellow jugak

BCR logo ^^

shaun the sheep (requested by elder sis)

chipsmore (size 50 sen)

flowers (actually nak buat pin tudung tapi tergendala lagi T-T)

the smurft (as requested by my friend, Ain)

Duckky? Test buat words pulak ^^

That's all. Kesian korang. Actually aku nak open untuk sesiapa yang nak order. Tak kira design apa-apa pun, aku akan cuba buatkan. Lagi bagus, bagi aku gambar sebagai reference. Kalau tak aku google gambar sendiri. HOHOHO.

Sebagai permulaan, harga aku bagi around RM3 & above. Depends on size, difficulties, and jenis (keychain or phone strap). Anything korang boleh je pm aku kat email aku. Ada kat sidebar. TQ. ^-^


Friday, November 18, 2011

I Love My Job - Guess Who Am I?

Er.. no salam for today. 


I love my job. Don't be jealous. 

Hello innocent girls and playboys. 



Straight to the point. I love my job. Dimana ada perempuan, dimana ada lelaki..disitu la aku. Aku ibaratkan manager setiap girls and boys sebab aku sepanjang masa akan ada bersama mereka. Menghasut untuk menerima tawaran yang aku mampu berikan kepada mereka. Yang mereka perlu buat, adalah patuh pada arahan aku. I like. 






Dengan hanya sedikit anasir-anasir magik yang aku taburkan pada mereka, mereka dah patuh pada perintah aku. Best kan? Aku gembira dan aku bangga. Tersenyum besar bila aku berjaya. Mereka bahagia, aku lagi la bahagia. 






Paksa!? Oh Pelizzz. Aku tak pernah paksa mereka. Aku hanya menggoda hati mereka dengan kenikmatan yang bakal diorang nikmati sekiranya ikut arahan aku. Korang tak percaya? Mari aku tunjukkan mangsa-mangsa aku. 




Hey you! yaaa YOU!!




Sebagai contoh. 




"Rambutmu cantik, lurus dan hitam menawan bak model dalam iklan shampoo. Rugi kalau tak tunjukkan. Mesti ramai yang tergoda dan jeleskan kau"




Dengan sukarelanya, mangsa aku akan menurut arahan. No more tudung. Tudung yang tak mampu tonjolkan kecantikan rambut mereka. Bila berjalan, mereka akan bangga dengan kecantikkan mereka. See, aku bagi mereka melihat itu semua. 






"Buat apa kamu nak susah-susah berulang-alik dari bilik air ke bilikmu. Lima kali sehari? Buang masa sahaja! Dalam masa tu, kamu boleh tidur lagi lama. Bukan ke kamu tidur lewat malam tadi?"





Kamu sendiri yang cakap, "Masa Itu Emas" so, buat apa nak buang masa menunaikan solat lima waktu tu. Yang berjaya aku hasut, akan terus tidur diulit mimpi. Yang tengah shopping, teruskan aktiviti shopping. Dan yang tengah study, teruskan study. Nanti tak sempat nak review semua. Baik kan aku? I know...tak payah puji lebih-lebih. 






"Nape nak duduk jauh sangat tu? Duduk la dekat sikit. Kan tengah sejuk ni. Dapat jugak korang panaskan badan korang. Pegang-pegang pun tak apa. Aku benarkan"






Akhirnya si jejaka duduk lebih rapat dengan si gadis. Atas alasan yang aku berikan, untuk memanaskan badan. Makin lama tangan mula menjalar ke sana sini. Opss..aku buat-buat tak nampak. Ok, line clear. Tapi kalau kena tangkap basah korang jela. Aku maintain kering. Diorang pun tak nampak aku. heee 



Tengok. Aku dah banyak tunjuk kebaikan kalau ikut apa yang aku cakap. 





Tapiiiiiii....




Listen to me!





Ada pulak yang degil! Apa yang aku hasut, tak masukkkk pulak tu. Tension aku. Macam ada dinding je sekeliling dia tu. Arghhhh. Yang aku geram, bila time azan aku tak dapat peluang langsung nak dekat dengan pelanggan aku. Dia makin jauh ada la. Lagipun aku kena tinggalkan dia kejap. Panas la dengar azan ni. Ish, tak suka aku. Kalau aku tinggal kejappp je, mesti dia mula la mengaji tu. Makin buat aku panas ada la. arghhh. 





Ada satu kes tu. Aku suruh dia jangan pakai tudung, nanti tak terserlah kecantikkan dia. Tapi dia degil jugak. Dia pekak ke hape? Dah penat aku sembur-sembur ayat-ayat magik aku. Haishh. Tapi tak apa, aku tak akan berputus-asa.





Walau macam mana pun, aku still suka kerja aku.. Sehingga berakhirnya zaman kehidupan pelanggan-pelanggan aku. Aku kan setia. *bangga*










updated: Dah tahu perangai si pekerja ni 'baik', jangan la diikut tapi mari la kita dekatkan diri kepadaNya. 








Nota kukukaki: Korang dapat tak teka siapa pekerja ni? 
Sila baca dengan iman yang teguh ye. Mane tau ada yang terikut..aku tak nak tanggungg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...