Assalamualaikum
Macam mana, bertudung tapi tak bertudung? Kalau korang ikuti perkembangan entry Solihin Zubir, dia pernah buat entry pasal Tudung Chipsmore. Mati-mati aku ingat tudung baru -_-". Tudung Chipsmore tu untuk jenis girls yang pakai tudung tapi sekejap ada, sekejap tak ada. Serupa Chipmore kan???
Aku nak ulas sikit pasal tudung Chipsmore ni. Semua level umur memang akan ada yang gayakan tudung Chipsmore ni sebab dari aku sekolah menengah till sekarang, memang tak pernah lari dari mata aku jenis gaya bertudung ni. Cuma baru sekarang aku tahu nama samaran gaya bertudung tu. Kesian kan aku baru tahu. HOHOHO. Tapi perasan tak one thing? Time ke kelas, diorang bertudung tapi bila habis kelas or sekolah, tudung pun entah hilang kemana. Rambut panjang or pendek sengaja diuraikan, Ada yang cepat-cepat masukkan dalam beg sebab tak nak bagi orang perasan kau tu bertudung pada asalnya. Malu ke pakai tudung tu? Pakai tudung sebab nak dapatkan ilmu semata-mata, pastu tanggalkan tudung. Boleh someone bagi reason yang kukuh untuk aku tak???
"Bertudung sebab fesyen"
Sekarang kan famous gaya bertudung yang bermacam-macam jenis, and latest gaya hana tajima. Ke ada yang lagi latest? Sori la aku sekarang tak uptodate sangat pasal style tudung ni. Bila semua orang pakai, aku baru terkinja-kinja nak try jugak. Pastu menyampah bila pakai tak sekemas orang lain. -_-". So, disebabkan kat Malaysia ni agak top pasal fesyen bertudung ni, so ada certain girls yang tak bertudung pun pakai tudung dengan niat nak berfesyen. Bukan niat untuk tutup aurat. No wonder ramai je yang bertudung sempoi-sempoi. Sebab bila seseorang tu pakai sebab fesyen tanpa utamakan aurat, then orang lain pun tengok "wowww cantekknyaaa", maka diorang pun terikut-ikut. Yes, girls cepat terikut. Fesyen terutamanya. Sebagai contoh, korang boleh tengok trend pemakaian rantai burung hantu. Dulu mana ada kan? Seorang dua pakai, then mula la diri sendiri pun teringin mencuba. Bila dah heboh barang perhiasan berbentuk haiwan HARAM dipakai, mula la menyesal. Menyesal sebab bazir duit beli rantai burung hantu, kenapa tak beli bentuk lain. Bukan sebab dada bakal dijaja untuk tatapan orang ramai demi untuk tunjukkan rantai. -_-"
![]() |
| Gaya bertudung si pemakai tudung Chipsmore elakkan ^^ |
Ni lagi satu. Asal nak bermekap untuk wedding je, mesti ada gambar yang tak bertudung or paling sopan pun nampak leher AJEEE. Konon nak tunjuk moment-moment dalam proses perkahwinan.. Padahal diri tu memang ada tittle as girl bertudung. Perlu ke?? Aku rasa tak salah kalau kau nak halau jurukamera tu time sesi bermekap tu. Entah-entah jurukamera tu lagi happy tak bersubahat buat dosa pampangkan gambar aurat seorang perempuan. Sayangkan gambar or sayangkan aurat???
Orang kata nak tegur orang ke arah kebaikan ni biarla kena pada caranya. Sebab kalau aku pun, aku suka orang tegur secara baik. Aku makan teguran, tapi bukan teguran secara kasar. Secara lembut baru la serap rasa insaf dan kekal lama. Berubah ke arah kebaikan sebab nak show pada orang lain, baik tak payah. Kalau niat tak betul, tak lama perubahan yang korang buat tu. So, yang tak bertudung dan bertudung chipsmore, aku doakan pintu hati korang terbuka untuk bertudung pada satu masa nanti dengan NIAT YANG BETUL.
![]() |
| Suka ayat-ayat ni ^^ |
Notakukukaki: Aku buat entry kat tempat kerja. Mentang-mentang bos tak ada.hihi. Tapi semua kerja dah siap pon. *muka bangga*
Credits to: SZ (for the picture and tittle "tudung Chipsmore) & TudungPeople. Sebab aku tak nak tunjuk gambar girls tak bertudung. Nanti tak ke kira bersubahat? kan kan.. *muka innocent ni* XD



13 comments:
hrp2 sye x trjebak dgn sikap tudung chipsmore ni.. doakn yaa ;)
kalau orang pakai tudung pasal fesyen pun sekurang-kurangnya dah kurangkan dosa orang lain sebab tengok aurat dia jadi itu mungkin salah satu perubahan yang baik kalu dilihat dari satu sudut....bila cakap pasal tudung chipsmore pula cs pelik kenapa tak pakai sja terus...pastu macam ada sesetengah tempat sja diorang pakai...rainys tolong interview diorang boleh :terharu
bila pkai tudung, berfesyen lebih2 la pulak.. tu dh kira masuk bab dosa bertabbaruj plak.. adeyh..
smoga mereka2 ini diberi hidayah utk kekal bertudung dan menutup aurat dgn sempurna.. aminnnn...
#Miee Xyz
insyaAllah tak. :D untuk diri sendiri jugak. aminnn
#cerita sekupang
interbiu. hihihi. kena sound direct tu namanya. :hoho
#solihin zubir
aminnn :D thanx singgah sini
hehheh BL kekadang terikut gak =D bak kata yenis atas tuh girl mudah terikut.... HUHUHU....tapi kalau boleh BL ubah yang sedia ada bg tutup skit... tapi tak labuh sgt tudung tu :baby
taknak pakai tudung chipsmore..tapi, nak pakai tudung saji :hoho
nice entry...menutup aurat itu bukan optional,tp wajib..dan rasanya smua org yg beragama islam x paya sebut pn tahu.tp terpulanglah kpd siempunya badan, klu x ikhlas baik x payah..nti merosakkn imej dan nama sendiri ja.memang kena la ngan gelaran tudung chipsmore..bertudung tp macam x bertudung xpa lg kot, tp klu yang bertudung tp pakai pakaian yg menampakkan bentuk tubuh, siapa nk jawab tu..x salah utk berfesyen, tp biarlah bersesuaian... ;)
belasahla cara mana mahu bergaya bertudung asalkan bertudung daripada tidak...
setuju dengan republic ^_^
tp harap2 tudung yg sempurna kan
tq ye..nice entry
ha'ah mcm chipsmore..jap ade jap takde..tak paham aku pompuan apekah tu..
INGAT LAGI MASA SEKOLAH... budak2 pompuan masa kat sekolah pakai tudung coz diwajibkan... keluar jer dari pintu pagar sekolah... zapppp... tudung pun tanggal... sib baik aku tak ikut jejak dorg...
Bertudung.. hmm.. Bertudung eh.. Hmm.. Tah.. wakaka.. :D
Dari tahun kewafatan Baginda Rasullulah saw pada 11Hijrah sehingga tahun ni 1433Hijrah.. Masih lagi timbul soal tudung dan aurat rambut bagi wanita. Betapa jelas sikap degil wanita dan kelemahan cara bimbingan dari lelaki. Semua menginspirasi dari barat yang major kafir. Kononnya fesyen berubah mengikut aliran zaman dan itu bukti ketamadunan. Bweekkss.. muntah. Nabi tak kata gitu pun. :)
(^____^)
salah satu sebab pkai tdung zaman skrg :
ikut family, (mak, akak, sedara-mara)
kalo x, mmg haram xpkai.
sbb tu ada yang nk xnak je pkai.
yg btul2 ikhlas pkai tdung ialah yg jga smua2 ni.
Post a Comment