Showing posts with label contest cerita hantu syaf. Show all posts
Showing posts with label contest cerita hantu syaf. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Contest Cerita Seram: Ketukan Misteri

Assalamualaikum. 

klik untuk ke blog toke cerita seram 

Selama 23 tahun ni, aku tak pernah lagi terserempak dengan mana-mana hantu which is lega sikit rasa hati. hew hew. Ok aku straight to the point sahaja la. 

****
Cerita ni berlaku semasa aku berada di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dimana dalam satu bilik hanya ada empat orang pelajar sahaja termasuk aku. Setiap katil disusun pada setiap bucu bilik so bahagian tengah bilik memang ada ruang kosong. 

Time tu masa peperiksaan makin dekat and aku memang jenis yang suka study pada tengah malam bila kawan-kawan aku dah tidur. Sejak dua menjak aku selalu dengar ura-ura orang kata blok sebelah (bukan blok aku) selalu ada kelibat hantu pocong. Siap ada yang landing dalam bilik air tempat kitorang basuh baju (singki konkrit). Sejak tu makin ramai yang tidur awal termasuk roomate aku.


Pada satu malam tu, aku sengaja tidur lewat sebab banyak lagi tutorial yang aku belum siapkan. Disebabkan kesemua roomate aku dah tidur, aku tutup lampu and just bukak lampu meja. Lampu meja plak macam hidup mati tak mau je (-_-") and meja aku mengadap dinding yang membelakangkan pintu bilik. Pada jam 1.30, aku terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik aku...

"tuk..tuk..tuk" 

Tiga kali ketukan. Kawan aku pernah berpesan, "kalau ketukan tanpa salam jangan bukak pintu..tu bukan kami orang". Yang ni memang tiada salam. Tiga kali ketukan yang slow dan tanpa salam. Nak katakan aku tersalah dengar mustahil plak sebab ketukan tu memang jelas and keadaan dalam bilik memang sunyi sepi. Tanpa berlengah lagi, aku terus tutup buku, lampu meja dibiarkan terbuka dan terus masuk tidur. Berselimut satu badan. 

Keesokkannya aku tanya sorang-sorang kat setiap bilik..

"Korang ada ketuk pintu bilik aku ke semalam?" 

Kesemuanya jawab tak sebab diorang semua dah tidur awal sejak dengar kes pocong di blok sebelah. 

p/s: Blok aku dan blog sebelah tak jauh, memang tersangat dekat. 
The end

***

Cerita kedua : 


Lagi satu kisah ni plak terjadi time aku belajar di Sarawak. Dalam satu bilik akan ada dua orang pelajar sahaja. Aku memang selalu ada problem komunikasi dengan roomate aku tu. Setiap kali aku cakap dengan dia, dia akan ignore aku. Rasa macam cakap dengan dinding tahu tak? Satu semester jugak la aku bertahan dengan perangai dia. Pada semester kedua.................. cerita sebenar terbongkar..




Pada satu malam, (time ni aku masih tak tau hal sebenar) semasa aku tengah tidur tetiba aku dapat detect yang aku bakal dihempap oleh sesuatu. Sebab aku dari kecik memang selalu kena hempap so aku dah tahu macam mana nak handle. Tapi kali ni lain. Aku dapat rasakan ada benda yang main-main kat leher aku dan bukan sekadar menghempap. Aku cuba bukak mata tapi yang aku dapat lihat hanyalah lembaga hitam (kabur) sambil terdengar bunyi gelakan ibaratkan benda tu tengah gelakan aku. Sebab rasa tak sedap hati, aku baca ayat-ayat yang aku amalkan sejak dulu sambil struggle melawan benda tu. Penat seh!!!  At last, aku berjaya dan aku tidur seperti biasa. 


Keesokkannya aku ceritakan pada roomate aku. Cerita sebenar pun terbongkar. Rupa-rupanya dalam bilik tu memang ada sesuatu. Kawan aku kata itu adalah jin lelaki islam kalau seingat aku la. Sebenarnya sejak dari semester 1, kawan aku memang selalu dikacau oleh benda tu. Setiap kali dia study, dia mesti rasa macam ada orang tiup-tiup telinga dia, bunyi cakaran di dinding and so on. Selepas itu aku makin alert dengan keadaan sekeliling. Last kejadian sebelum kami orang berpindah bilik bila aku terdengar orang cakar dinding and meja belajar aku memang betul-betul sebelah tingkap, tempat di mana bunyi cakaran tu terjadi. 

Tamat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...