Thursday, May 3, 2012

Rezeki Itu Jangan Ditolak

Assalamualaikum 

Bulan April memang bulan yang busy bagi aku dan juga bulan yang sedih. Sudah tiba masa nenek kesayanganku di'panggil' olehNya and of course aku sedih atas pemergian arwah nenek aku. 

"Jangan meratapi pemergian arwah dengan kesedihan; Perbanyakkan doa untuk mengiringinya ke sana" 


Itu lah antara kata-kata yang disampaikan oleh beberapa kawan aku. Sedikit sebanyak memang telah membantu aku. Thanks korang! ^^ 


Okess now we'll talk about rezeki

Alhamdulillah ^^


Orang kata: 
"Jangan tolak rezeki yang datang, bukan senang nak dapat rezeki. Terimala rezeki itu walaupun secebis zarah sekalipun". 

Sometimes kita sedar rezeki yang datang bergolek, sometimes kita tak sedar bahawa Dia telah turunkan rezeki untuk kita, cuma tunggu masa untuk kita petik dan merasai nikmatnya. Rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti peluang pekerjaan/pembelajaran, makanan, pasangan hidup dan lain-lain. 
Yang paling biasa kita dapat lihat adalah peluang pekerjaan bagi yang telah bekerja and peluang menyambung pembelajaran bagi pelajar. 


Kalau kita imbas kembali, banyak kan rezeki yang kita dapat? Cuma antara bersyukur dan tidak bersyukur sahaja atas pemberian rezeki yang diberiNya. Begitu juga dengan cara yang bagaimana kita uruskan rezeki yang diberi, guna dengan sebaiknya atau membazir? Sebagai contoh, setiap hari kita makan nasi dan setiap hari juga nasi itu tidak habis dimakan.

Nak dijadikan cerita, one day, beras di rumah pun habis dan dalam perjalanan ke kedai, duit pula hilang entah kemana. Baru la pada waktu tu, mohon padaNya untuk diturunkan rezeki padahal rezeki itu memang telah diberi cuma tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Allah S.W.T Maha Mengasihani, mestila tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan betul tak?

OK. I accept! ^^

Untuk peringatan diri jugak sebenarnya. Secara tidak sedar, aku hampir menolak rezeki yang diberi pagi tadi. Apabila dalam kesusahan, mohon bantuan tapi bila bantuan tiba, ditolak pula. Okey aku accept jadi cikgu untuk sebulan lagi. hew hew hew.
For u guys and girls, Maher Zain: Thank you Allah ^^


4 comments:

CeritaSekupang said...

selamat menjadi cikgu untuk sebulan lagi... all the best :D

Unknown said...

Smoga arwah ditempatkan dlm klngan org beriman..AMIN...alFatihah

Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya

Jeszyuu said...

Wow.. bestnya dapat jadi cikgu lagi.. All the best ye cikgu hujan menjerit.. hek hek hek..

aidajusoh said...

jadi cg ok jugak kn...good luck :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...