Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha ^-^

Assalamualaikum 

Amacam persiapan hari raya korang? Bagus, tak bagus? 

Hari Raya Aidiladha yang juga selalu dipanggil as Hari raya Haji or Hari raya Korban. Sesetengah negeri lebih menyambut Hari Raya AidilAdha berbanding Hari Raya Aidilfitri dan jugak sebaliknya. Apa-apa pun, hari raya mana-mana pun mesti disambut oleh semua umat Islam ye tak? Bagi yang tak dapat balik kampung tu jangan bersedih ye...kami orang dapat makan ketupat~ hihihi 







Pada hari raya ni la, daging-daging yang disembelih akan diagih-agihkan kepada fakir miskin dimana orang berada boleh mengorbankan sedikit harta untuk membantu umat Islam yang berada dalam kesusahan. Begitu juga kepada umat Islam yang 'menerima' untuk lebih mensyukuri nikmat rezeki yang diberi dan berusaha untuk keluar dari kancah kesusahan. Tak salah kan kalau saling bantu-membantu sesama umat Islam? 



Hari Raya Aidiladha ni jugak bertujuan untuk meraikan umat Islam yang mengerjakan ibadah haji. Semoga mereka memperolehi Haji Mabrur. Bagi yang belum berpeluang mengerjakan haji, moga-moga dapat menunaikan haji pada masa akan datang. amin. 





So, dengan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. hee.




Nota kukukaki: To my sis in Italy, next year kita sambut sesama okeyh? heeee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...