Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Apa Yang Best Sangat Dengan Status Relationship tu.

Assalamualaikum

Kalau dulu Myspace dan Friendster, sekarang Facebook dan diikuti oleh Twitter. Akan datang? Headbook, erk?. Point utama entry aku kali ni pasal status di Facebook. Status relationship. Korang rasa best sangat ke tunjuk kat orang sana-sini pasal hubungan korang. Dengan siapa korang bersama sekarang ni. Bagi korang maybe ya tapi bagi aku TAK. Lain la dah kawen. Bahagia gitu~ hihi 




relationship status 

"Mari tunjuk ke dunia kita ni single. hoyeahh.!"
"Pakwe ni dah berpunya la babe, tak dapat nak tackle. Melepas aku.adess" 
"Dia ni dah married. Sibuk-sibuk agi nak tackle aku. Ape kes!???" 




Pun ada kes yang saja-saja buat "in relationship" tapi "single" in reality. Bila tanya, saja nak bagi publisiti murahan. Ahahaha. Itu tak kesah la bagi gempak kat kawan-kawan sebab selalunya orang macam tu tak pernah "in relationship" lagi kan. Itu yang saja nak bagi orang terkejut beruks tu. hihi. 





Aku larang ni pun sebab aku sendiri pernah guna status relationship tu. Resultnya, memang TAK BEST!. Sebab semua orang boleh tau pasal dunia cintan cintun korang. Ibaratkan korang boleh buat buku sejarah pasal hidup korang sahaja sebab setiap kali korang breakup, sambung, breakup, sambung, breakup......dan seterusnya, semua orang boleh tahu. Satu Dunia okeyh. 




"Ini girlfriend aku, jangan kacau! aku dah tag dia kat facebook"




Korang ingat tak ada orang kutuk ke? Hati manusia ni lain-lain. Depan maybe nampak baik, tapi dalam hati siapa yang tahu? Bila korang breakup, pasti akan ada yang mengutuk and begitu juga bila korang "in relationship" either with someone new or sambung yang lama. Best ke macam tu? Bagi aku tak ada privasi. No privacy at all! 








"Dia dah putus la ngan Mr A. Korang tak caye, tengok kat facebook dia"

"Dia still dengan budak hingusan tu la. Ish, ni yang tak puas hati ni"









Macam yang korang tengok kes Mamat Sepah tu, bila tengah hangat bercintan sibuk heboh kat orang then bila dah putus kan tak pasal dua-dua pihak malu. Kisahnya sama je kalau kita tunjuk status relationship kita to public. Aku rasa kawan-kawan terdekat or parents je yang tahu pon dah kira bagus.




Takut Si Dia kena kebas? Kalau si dia memang berniat nak main-main hati korang, ada status tu pon tak dapat nak tolong la~. hihi



"Im Married....to Islam" 


Tu je. Sekian ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...