Monday, January 2, 2012

Trust??? Penting ke.........?

Assalamualaikum. 



Firstly aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada yang TERlalu blog HujanMenjerit yang dah dua minggu tak diupdate. hihi. Nak kata aku malas, tak jugak sebab setiap kali aku balik kerja..aku kepenatan and secara tak langsung otak aku pun penat jugak. Dari aku update entry yang mengarut, baik aku biarkan ia bersawang untuk sementara. ok? 






Bila cakap pasal soal kepercayaan ni, aku akan cakap aku hanya percayakan keluarga aku and kawan baik aku. Aku tak cakap aku tak percaya langsung orang lain tu, just not 100% trust. Lagi-lagi boys. Opss, based on experienced actually. 





Nak dikatakan, bukan hanya pada boys korang jangan percaya 100% tapi pada girls, makcik pakcik, atuk nenek EXCEPT bayi yang baru lahir. ngeh! It is true actually kalau korang fikir semula. Maybe bukan korang yang setuju dengan apa yang aku cakapkan ni, tapi orang lain yang secara tak sedar terlalu percayakan orang lain bila orang tu buat baik pada kita. Pun itu satu common sense bila orang buat baik, secara tak langsung kita akan letakkan kepercayaan kita pada orang tu. Aku paham tu sebab aku pernah jugak buat macam tu and maybe not my luck bila orang tu tikam belakang and suddenly akan buat aku hilang kepercayaan pada certain orang sampai sekarang. Yela..setiap orang lain hati, lain perangai dan lain niatnya. 




Different people have different 'color'



Tapi bila fikir secara positifnya, soal trust ni dapat lindungi diri kita sebenarnya terutama girls. That's why aku cakap jangan letak 100% kepercayaan kepada boys. Korang paham kan apa maksud aku? Tak paham..mai aku explain lagi. Sebagai contoh. Korang nak keluar dating, aktiviti biasa pasangan yang bercouple yang sudah semestinya keluar bertiga termasuk pihak ketiga yang tak diundang iaitu syaitan. Disebabkan korang dah ada gelaran pakwe-makwe, korang pun percaya la pada boyfie korang yang kononnya akan korang nikahi. Kononnya. Si Boyfie bawak korang ke mall, korang ikut..which is still lucky sebab kat mall ramai orang. Then, lama-lama si boyfie bawak pergi ke tempat gelap, dimana kalau korang kurang bijak, korang still ikut and bila korang tak ada luck...Tadaaaaa....zina pun terjadi. 





But korang sendiri ada akal and boleh berfikir which person yang boleh korang percaya and tak boleh. Dalam masa yang sama, take a risk on trusting them. Tak ada risiko dalam hidup, tak seronok la kan. That is why aku ambil risiko pergi ke KL berdua dengan rakan sekerja and tumpang tidur di tempat orang. My mum of course la tersangat bimbang sebab time tu aku tumpang rumah Kak Gadis Terbilang, which is aku just kenal dalam BCR chat room and siap tolong angkut Red Gitarputeh kat Kl Sentral. Risky right? Tapi aku percaya pada orang yang aku kenal and alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah. Tu semua gara-gara ada gathering BCR plus event di PICC (Tower of Faith). That's my first gathering and aku seronok gila sebab dapat main ice skating. Wuhoooo \\^0^// . 






Geng-geng BCR =)




Notakukukaki: Ahli BCR semuanya sangat sporting..Seriously sangat best.! Nak tengok gambar-gambar gathering yang lain boleh pergi ke Geng BCR disini:
CintaTulip, Fafa, CeritaSekupang. 



Ahli lain yang turut hadir: (Copy paste dari Kak GT =D):


1. Jejaka Terhangat
2. CintaTulip
3.Gadis Terbilang
4.Red Gitarputeh
5.Shy
6.Cerita Sekupang
7.Jeszyuu
8.mie fieena
9. Fafa
10.PedangTajam
11.Sufferedgezine
12.Beauty Lover
13.Zaza
14.Feeza Macho
15.Nanamanes
16.Islamic
17.The Crow (yang datang sekejap je -_-")
18.HujanMenjerit



Monday, December 12, 2011

Bertudung..tapi Tak Bertudung.

Assalamualaikum 



Macam mana, bertudung tapi tak bertudung? Kalau korang ikuti perkembangan entry Solihin Zubir, dia pernah buat entry pasal Tudung Chipsmore. Mati-mati aku ingat tudung baru -_-". Tudung Chipsmore tu untuk jenis girls yang pakai tudung tapi sekejap ada, sekejap tak ada. Serupa Chipmore kan???





Gadis Chipsmore 



Aku nak ulas sikit pasal tudung Chipsmore ni. Semua level umur memang akan ada yang gayakan tudung Chipsmore ni sebab dari aku sekolah menengah till sekarang, memang tak pernah lari dari mata aku jenis gaya bertudung ni. Cuma baru sekarang aku tahu nama samaran gaya bertudung tu. Kesian kan aku baru tahu. HOHOHO. Tapi perasan tak one thing? Time ke kelas, diorang bertudung tapi bila habis kelas or sekolah, tudung pun entah hilang kemana. Rambut panjang or pendek sengaja diuraikan, Ada yang cepat-cepat masukkan dalam beg sebab tak nak bagi orang perasan kau tu bertudung pada asalnya. Malu ke pakai tudung tu? Pakai tudung sebab nak dapatkan ilmu semata-mata, pastu tanggalkan tudung. Boleh someone bagi reason yang kukuh untuk aku tak??? 




"Bertudung sebab fesyen"




Sekarang kan famous gaya bertudung yang bermacam-macam jenis, and latest gaya hana tajima. Ke ada yang lagi latest? Sori la aku sekarang tak uptodate sangat pasal style tudung ni. Bila semua orang pakai, aku baru terkinja-kinja nak try jugak. Pastu menyampah bila pakai tak sekemas orang lain. -_-". So, disebabkan kat Malaysia ni agak top pasal fesyen bertudung ni, so ada certain girls yang tak bertudung pun pakai tudung dengan niat nak berfesyen. Bukan niat untuk tutup aurat. No wonder ramai je yang bertudung sempoi-sempoi. Sebab bila seseorang tu pakai sebab fesyen tanpa utamakan aurat, then orang lain pun tengok "wowww cantekknyaaa", maka diorang pun terikut-ikut. Yes, girls cepat terikut. Fesyen terutamanya. Sebagai contoh, korang boleh tengok trend pemakaian rantai burung hantu. Dulu mana ada kan? Seorang dua pakai, then mula la diri sendiri pun teringin mencuba. Bila dah heboh barang perhiasan berbentuk haiwan HARAM dipakai, mula la menyesal. Menyesal sebab bazir duit beli rantai burung hantu, kenapa tak beli bentuk lain. Bukan sebab dada  bakal dijaja untuk tatapan orang ramai demi untuk tunjukkan rantai. -_-"



Gaya bertudung si pemakai tudung Chipsmore elakkan ^^



Ni lagi satu. Asal nak bermekap untuk wedding je, mesti ada gambar yang tak bertudung or paling sopan pun nampak leher AJEEE. Konon nak tunjuk moment-moment dalam proses perkahwinan.. Padahal diri tu memang ada tittle as girl bertudung.  Perlu ke?? Aku rasa tak salah kalau kau nak halau jurukamera tu time sesi bermekap tu. Entah-entah jurukamera tu lagi happy tak bersubahat buat dosa pampangkan gambar aurat seorang perempuan. Sayangkan gambar or sayangkan aurat???





Orang kata nak tegur orang ke arah kebaikan ni biarla kena pada caranya. Sebab kalau aku pun, aku suka orang tegur secara baik. Aku makan teguran, tapi bukan teguran secara kasar. Secara lembut baru la serap rasa insaf dan kekal lama. Berubah ke arah kebaikan sebab nak show pada orang lain, baik tak payah. Kalau niat tak betul, tak lama perubahan yang korang buat tu. So, yang tak bertudung dan bertudung chipsmore, aku doakan pintu hati korang terbuka untuk bertudung pada satu masa nanti dengan NIAT YANG BETUL. 



Suka ayat-ayat ni ^^


Notakukukaki: Aku buat entry kat tempat kerja. Mentang-mentang bos tak ada.hihi. Tapi semua kerja dah siap pon. *muka bangga*


Credits to: SZ (for the picture and tittle "tudung Chipsmore) & TudungPeople. Sebab aku tak nak tunjuk gambar girls tak bertudung. Nanti tak ke kira bersubahat? kan kan.. *muka innocent ni* XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...