Er.. no salam for today.
![]() |
| I love my job. Don't be jealous. |
Hello innocent girls and playboys.
Straight to the point. I love my job. Dimana ada perempuan, dimana ada lelaki..disitu la aku. Aku ibaratkan manager setiap girls and boys sebab aku sepanjang masa akan ada bersama mereka. Menghasut untuk menerima tawaran yang aku mampu berikan kepada mereka. Yang mereka perlu buat, adalah patuh pada arahan aku. I like.
Dengan hanya sedikit anasir-anasir magik yang aku taburkan pada mereka, mereka dah patuh pada perintah aku. Best kan? Aku gembira dan aku bangga. Tersenyum besar bila aku berjaya. Mereka bahagia, aku lagi la bahagia.
Paksa!? Oh Pelizzz. Aku tak pernah paksa mereka. Aku hanya menggoda hati mereka dengan kenikmatan yang bakal diorang nikmati sekiranya ikut arahan aku. Korang tak percaya? Mari aku tunjukkan mangsa-mangsa aku.
![]() |
| Hey you! yaaa YOU!! |
Sebagai contoh.
"Rambutmu cantik, lurus dan hitam menawan bak model dalam iklan shampoo. Rugi kalau tak tunjukkan. Mesti ramai yang tergoda dan jeleskan kau"
Dengan sukarelanya, mangsa aku akan menurut arahan. No more tudung. Tudung yang tak mampu tonjolkan kecantikan rambut mereka. Bila berjalan, mereka akan bangga dengan kecantikkan mereka. See, aku bagi mereka melihat itu semua.
"Buat apa kamu nak susah-susah berulang-alik dari bilik air ke bilikmu. Lima kali sehari? Buang masa sahaja! Dalam masa tu, kamu boleh tidur lagi lama. Bukan ke kamu tidur lewat malam tadi?"
Kamu sendiri yang cakap, "Masa Itu Emas" so, buat apa nak buang masa menunaikan solat lima waktu tu. Yang berjaya aku hasut, akan terus tidur diulit mimpi. Yang tengah shopping, teruskan aktiviti shopping. Dan yang tengah study, teruskan study. Nanti tak sempat nak review semua. Baik kan aku? I know...tak payah puji lebih-lebih.
"Nape nak duduk jauh sangat tu? Duduk la dekat sikit. Kan tengah sejuk ni. Dapat jugak korang panaskan badan korang. Pegang-pegang pun tak apa. Aku benarkan"
Akhirnya si jejaka duduk lebih rapat dengan si gadis. Atas alasan yang aku berikan, untuk memanaskan badan. Makin lama tangan mula menjalar ke sana sini. Opss..aku buat-buat tak nampak. Ok, line clear. Tapi kalau kena tangkap basah korang jela. Aku maintain kering. Diorang pun tak nampak aku. heee
Tengok. Aku dah banyak tunjuk kebaikan kalau ikut apa yang aku cakap.
Tapiiiiiii....
![]() |
| Listen to me! |
Ada pulak yang degil! Apa yang aku hasut, tak masukkkk pulak tu. Tension aku. Macam ada dinding je sekeliling dia tu. Arghhhh. Yang aku geram, bila time azan aku tak dapat peluang langsung nak dekat dengan pelanggan aku. Dia makin jauh ada la. Lagipun aku kena tinggalkan dia kejap. Panas la dengar azan ni. Ish, tak suka aku. Kalau aku tinggal kejappp je, mesti dia mula la mengaji tu. Makin buat aku panas ada la. arghhh.
Ada satu kes tu. Aku suruh dia jangan pakai tudung, nanti tak terserlah kecantikkan dia. Tapi dia degil jugak. Dia pekak ke hape? Dah penat aku sembur-sembur ayat-ayat magik aku. Haishh. Tapi tak apa, aku tak akan berputus-asa.
Walau macam mana pun, aku still suka kerja aku.. Sehingga berakhirnya zaman kehidupan pelanggan-pelanggan aku. Aku kan setia. *bangga*
updated: Dah tahu perangai si pekerja ni 'baik', jangan la diikut tapi mari la kita dekatkan diri kepadaNya.
Nota kukukaki: Korang dapat tak teka siapa pekerja ni?
Sila baca dengan iman yang teguh ye. Mane tau ada yang terikut..aku tak nak tanggungg..



17 comments:
Assalamualaikum..
syaitan ke..erk..teguhkan diri bila nak buat kebaikan..istiqamah dlm membuat kebajikan..
patot ujan menjerit pon..
wah..monolog dalaman ni... :D
keje ape????:(
siapakah anda??
sungguh MISTERI... :)
baru bace sikit dah tau . syaitan dan anak beranaknya :idea
hebat la renis . teruskan . ;)
erkk patutla tanak bg salam
syaitan rupanya:(
hahah setuju ngn el-janna...patula tanak bg salam XD adoiii....gaji bape nihh ?? hahah ade gaji ke?? susah2 je keje hasut org ye... =p
ni mambang tanah ka..mambang air.. hehehehe.. :p!
siapa ni ye?? haha
#mis ct
waalaikummusalam. ct pandai ^^
#biar-hati-berbicara
?? rayyan?
#ceritasekupang
monolog dalaman si pekerja tu. hoho
#adean
hihi. tak dapat teka ke?? tu iblis la. hihi
#kai
ngeh ngeh. misteri nusantara~
#!akurakura!
waaa..terer2. baguih2. hoho
#El-Janna
hihihi XD
#Norashiqin kamaruzaman
teda gaji la BL. keje sukarela. hoho
#'idun sa'idun
bapak mambang!! AHAHA
#sergeant keroro
hihihi. teka laaa :P
banyak makna tersirat ni ~~
suka entri ni. kreatif =)
p/s: kalau orng dah tak sukakan kita, tinggal je la. Cari yg lain. Haha~ Cakap senang kan.. =)
uiks...entri ni bukan tentang JT kan. ngehh.. hasut ngn psiko lain kan? =p
Aku baca dgn mulut ternganga aku ingat kau bebetul nak citer pasal keje kau hakhak
#Jejaka Terhangit
Bukan JT :nono. Jt ingat rainys nak citer pasal JT ke? ohh plizzz :hoho
#ekabukanmakcikkau
tutup mulut tuuuu!! nanti masuk lalat. hohoho
blog saya banyak cerita pasal cinta, tapi x dosa kan sebab saya x pernah galakan mereka bercinta, mereka yang memilih jalan tu..
Post a Comment