Sunday, October 30, 2011

Semangat Kenegerian:- Bagus dan Tak Bagusnya

Assalamualaikum

Entry kali ni tercetus daripada kes Bola Sepak Piala Malaysia 2011: Terengganu vs Negeri Sembilan. First of all aku ucapkan tahniah kepada Negeri Sembilan atas kejayaan korang. Aku tak tahu la sama ada berita ni sahih atau pun tidak, tapi mesti korang ada dengar kes penyokong Negeri Sembilan yang membakar bendera Terengganu. Satu je respons dari aku; Beraninya mamat tu!






Apa punca dari kes ‘mencari maut’ tu? Sebab semangat kenegerian yang terlalu kuat or Dia gembira sangat negeri dia menang sampai tak sedar TERbakar bendera negeri orang. Hihi.



Semangat kenegerian ni bagus. Amatla bagus sebab kalau tak ada semangat cintakan negeri tu, memang dah lama musnah aka tak maju la negeri tu.


Si Mamat A: “Eh, ko join ke pertandingan bola sepak tu? Bukan ko ada exam ke aritu? Biar betik ko ni.
Si Mamat B: “Exam tak exam aku tetap nak join jugak! Peringkat negeri tu bro. Takkan aku nak negeri kita kalah!



Masalahnya, kalau semangat kenegerian tu dah berlebihan, apa yang akan terjadi?


Minah: “Cuba ko tengok. Mana-mana tempat, even kat pedalaman pun ada orang dari negeri aku. Negeri ko ada?
Siti: “itu pun nak dibangga ke? Adess



Ada sesetengah orang terlalu membanggakan negeri sendiri sampai tak sedar orang dari negeri lain pun wujud jugak. Sedar ke tidak, negeri sendiri and negeri lain pun still under Malaysia jugak. Nape nak over banggakan negeri sendiri sampai negeri orang lain dihenyak-henyak.




Semangat kenegerian tu biarlah bersederhana sahaja





Setiap orang ada adat, bahasa or ‘slang’ dan permakanan yang tersendiri and that’s make Malaysia unique. Plus, berbilang kaum. Lagila unique.







Ada orang bila dah jumpa orang negeri sendiri, mula la kawan dari negeri lain diabaikan. Penggunaan bahasa or ‘slang’ sendiri digunakan sampai pada satu tahap si kawan negeri lain memang tak paham satu habuk pon apa yang korang bincangkan. Yang paling teruk apabila si kawan tu ditinggalkan seorang diri terkontang-kanting semata-mata korang nak join group negeri sendiri.




So, tepuk dada tanya tahap mana semangat kenegerian korang tu.



22 comments:

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

betul2..

plg sadis negeri yna dikatan bkn dlm malaysia..
ada lagi manusia mcm nie zmn skrg :(

Sir Pök Déng said...

Welldang, mek! Welldang!

Rosalia said...

agk stuju dgn entry ni. kdg2 sbb kenegerian ni kwn baik jd musuh.

nick dot anis said...

gile smgt i tgk diowg ni atas jalan2 shah alam ritu

Anonymous said...

ishhhh dian tak suke dgn people yg terlampau semangat kenegerian sampai pertikaikan ttg negeri lain. i mean like kasi down,ehh ape je negeri ko ade? bukan penoh dgn sampah masyarakat,or like ahhh kalau dtg dari negeri ni mst org nye teruk. what the narrow minded they have? hehe. okay,da mcm entry pulak :p

N'Craft said...

@YNA
yna mesti either sabah or sarawak kan? jangan sedih2. biasa la tu pemikiran orang. saya study kat swk, tu yang pernah dgr tu.

@Sir Pok Deng
mangseh abg ding..mangseh. *betul ke?

@Rosalia
tul tul. tak patut la sebenarnya.

@Nick dot anis
kak anis stay shah alam ke? mesti jam time tu.

N'Craft said...

@Dian
tapi memang ada orang macam tu. sedih kan. adess

Cik Azz said...

Macam tau je orang mana yg kalau jumpa kawan senegeri dia, maka kawan yg bukan senegeri dibiarkan terkontang-kanting...

Pengalaman hidup dengan kawan dari pelbagai negeri banyak membantu..

Pasal bakar bendera tu, tak jumpa lagi video pasal tu.. Kalau ada, mehh la kongsi... :D

Tahniah N9.. :-)

paan kowt said...

anda ditag diblog sy..men game ini..besttt

N'Craft said...

@~Cik Azz~
Belom jumpa jugak video tu. yang ada orang kena pukul je.

@paan kowt
baikkkk :D

Ku Azhar said...

btl2! sy org kedah..bila jmpa dgn orang kelantan yg cakap pure kelantan..kompom xleh nk translate T_T

aidajusoh said...

cukup xsuke org yg bersikap kenegerian nih

aidajusoh said...
This comment has been removed by the author.
Solihin Zubir said...

kurang setuju kalau terlalu taksub dgn semangat kenegerian smpai berpuak2..

Anonymous said...

http://wanwidget.com/
bersederhana itu lebih baik

N'Craft said...

@Ku Azhar
hihi. sian abah. XD

@aidajusoh
tul tul

@solihin zubir
pastu bergaduh-gaduh and bangga diri. payah payah.

@Wan85
hihii :D

aman_arab said...

fanatik kenegerian yang melampau memang 'hampeh'...patutnya kena faham walaupun duduk dalam 'bilik' asing-asing tapi tetap duduk dalam satu 'rumah'.

ecadwinkyasha said...

itu yg xbest kan?!..bila da betul2 ikut negeri masing2..xde la semangat satu mesia.hihihihi.

p/s:eca dari sabah,ada sesapa mau belajar cakap sabah ka?!.

N'Craft said...

@aman_arab
ada orang tak paham. adess

@ecadwinkyasha
hihihi. saya tau guna 'bha' jak eca. hihi

aswadz said...

bab "terbakar" tu mmg x wujud kot. kalo dia penyokong NS, pasaipa pgg bendera terengganu lak???

N'Craft said...

itula..pelik pon pelik. berita xsahih.

Jeszyuu said...

tak pena dgr pun pasal org n9 bakar bendera terengganu. pasal org ganu kepung sorg penyokong n9 ade lah.. siap kua berita lagi.. keh3.. tapi, tak tau la kebenarannya.. ape2 pun, mmg sokong sgt la sedrhana kan smgt kenegerian tu. lagi2 bila kt tmpt org.. stil nak guna loghat negeri kita. macam lah org len paham. hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...