Masa kecik-kecik (Sekolah rendah)
Hari raya memang hari yang paling dinanti-nantikan sebab gerenti dapat duit raya banyak punya. Asal pergi salam sahaja, mesti akan dapat sampul raya with money inside it \\(^-^)//. Kutip-kutip. Semua pakcik dan makcik akan diserang secara beradap dengan menghulur tangan nak salam *konon*. Pastu mula buat muka excited nak duit raya. Bila dah dapat, simpan terus dalam poket. Mula la poket makin gelembung so, handbag ibu jadi mangsa, penuh dengan kertas sampul. Bila masuk dalam kereta, first thing to do:- Buka sampul raya. Kira duit. $$$. Dah siap kira dengan senyuman melebar sampai ke telinga, compare jumlah duit raya dengan adik-beradik. Pantang kalau ada yang lebih sikit. Mesti nak rasa jelous. Lepas tu, berusaha kumpul duit raya sebab nak menang "Sape lagi banyak duit raya?". Dengan semangat kental, sanggup pergi rumah ke rumah(yang tak dikenali tau) sebab nak kutip duit raya. Kalau tuan rumah bagi sikit (selalunya RM0.50 - RM 1.00), mesti nak marah-marah. "Ish ish ish, anak sapa la ni?". Sanggup redah panas terik sebab duit raya. Itu zaman kecik-kecik.
| perghhh.. |
Masa kecik-kecik Part II (Menengah rendah)
Aktiviti-aktiviti kutip duit raya sudah berhenti beroperasi sebab rasa diri dah besar (tapi jelous tengok adik dapat pergi kutip duit). Dengan berbekalkan umur yang masih dianggap 'boleh terima duit raya', jumlah duit raya yang dikumpul agak tahan. Sebab dah besar sikit, so duit raya up jadi RM2-5. Bahagia tu~
Masa kecik-kecik Part III (Menengah tinggi).
Aktiviti masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma kali ini kena sentiasa berkepit dengan mak sebab kena tolong kat dapur. Oh dem. Dengan berbekalkan muka bersimpati sekali lagi, duit raya dapat dikumpul tapi dengan jumlah sedikittt berkurang. Dislike this. Tanda-tanda muflis makin dekat.
| muka stress giler *_* |
Masa di Matriks
OK. Semua pakcik dan makcik dah makin meragui kebesaran saya untuk menerima duit raya. Tapi, jangan bimbang, duit raya still berjaya dikumpul. Dan lagi sekali semakin berkurangan. Yang paling best adalah..kadang-kadang ada makcik bagi duit lagi banyak dari adik, so kat situ dapat berbangga serba sedikit walaupun tumpas di saat-saat akhir.
Masa Universiti
Emmmm. Jumlah duit raya yang dikumpul tak jauh berbeza dengan adik. Sebab dia pun sudah makin besar. Saya bahagia sebab ada geng. Yes! Tahap dimana duit raya semakin sikit.
| Ini TIDAK adil T-T |
Masa sekarang (habis belajar walaupun belum kerja dan konvo)
Makcik panggil jangan balik lagi, nak bagi duit raya. Saya dari jauh dah tersenyum-senyum. Sengaja berjalan keluar dengan perlahan-lahan. Adik dan yang lain dah dalam kereta. Bila makcik sampai, ada satu sahaja sampul. Saya dah rasa tak sedap ati. Rupa-rupanya, dengan tersenyum makcik saya cakap "Duit raya ni untuk rina, awak tak payah kan, dah besar". Saya ambil sampul tu dengan berat hati. "Baikk". Dalam kereta, terus bukak, pastu tersenyum. Adik dah tanya, untuk dia tak ada ke? Saya tutup balik sampul tu, then bagi pada adik semula.
Conclusionnya:
Semakin meningkat umur, semakin sedikit duit raya yang dapat dikumpulkan.
Sepatutnya semakin meningkat usia, semakin banyak duit raya yang diberi. *Nenek saya dah up kan duit raya. YES!*
1st day raya: 2 sampul raya sahaja T-T
peace
20 comments:
hmm.. kekadang takmo jd besar kn? hehe ;)
Yup..betul tu. :D
kalau Chinese, time CNY semua yang belum khwin boleh dapat Angpow walaupun suda besar n tua.. haha.. and jumlah dlm makin besar, tp ikut kemampuan la.. Pena my anty belum khwin, anak buah yg suda khwin lg bagi anty angpow..isk2..
Tak apa la kurang, asalkan ada duit raya.. hehe
@KlaraParis:
Saya ada dengar pasal CNY. untung nyaa~ T-T
eh mna ada aku steady je dpt duit raya nih..nih panas je tangan baru dapat nih $$$$
@ezral:
bsgus! pasni belanja aq.. :p
nisa, nnt aku g raya rumah kau aku nk duit raya tau! kau faham kn perasaan aku kan? kan kan kan? hehehe.
@Geeds:
Aq paham. Rm1. at least aq bg. well, unemployed kan.tu je yg terbaik dapat bg :p
koment contest anda dibalas
http://www.blogger.com/comment.g?blogID=5414274998667409700&postID=8329060629334513514&page=1&token=1314813305941&isPopup=true
agreed yes indeed!
@Muhamad Zulkarnain:
:D
@toninkush:
yes! :D
hujan lebat melanda,komen anda dibalas jua http://www.blogger.com/comment.g?blogID=5414274998667409700&postID=8329060629334513514&page=1&token=1314877
lepas ni explore serum yang buat manusia tak besar2, bajet 3 juta. hahahaha
@baca dan senyum:
payah2..kalau xbesar2 nanti, xkawen la den~ T-T
Aik, aku dah besar makin banyak pula duit raya aku dpt. Mana taknya, adik2 aku semua da keja, sorang hulur banyaklah aku dpt, aku masih belajar lgi. Dulu kecik2 nak kumpul RM 50 pun payah, sekarang ni dpt duit raya lebih pun ada...Selamat hari raya. Tapi kalau aku da keja nanti, sah2 mmg takde yg bagi lagi.
@Fatrim syah
(=.=)|| saya semua masih beljar lagi. akak je yang sill study, tp dapat duit raya dr dia. yes!
ehem. cam kenal je time line tu?
ehehe.jangan marah red. saya kan berguru dengan red *sendiri decide hee*. Tapi kita lain-lain story, yang penting red punye lagi gempak la.sampai ke future~
hahaha. tak marah pun.. btw, awak ada daya kreatif ^^
ehe..yeaa!! dapat pujian dari tok guru. ahahaha. makseh makseh~
Post a Comment