Showing posts with label duit raya berkurangan. Show all posts
Showing posts with label duit raya berkurangan. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Typical Malaysian: Duit Raya ku~ T-T

Masa kecik-kecik (Sekolah rendah)

Hari raya memang hari yang paling dinanti-nantikan sebab gerenti dapat duit raya banyak punya. Asal pergi salam sahaja, mesti akan dapat sampul raya with money inside it \\(^-^)//. Kutip-kutip. Semua pakcik dan makcik akan diserang secara beradap dengan menghulur tangan nak salam *konon*. Pastu mula buat muka excited nak duit raya. Bila dah dapat, simpan terus dalam poket. Mula la poket makin gelembung so, handbag ibu jadi mangsa, penuh dengan kertas sampul. Bila masuk dalam kereta, first thing to do:- Buka sampul raya. Kira duit. $$$. Dah siap kira dengan senyuman melebar sampai ke telinga, compare jumlah duit raya dengan adik-beradik. Pantang kalau ada yang lebih sikit. Mesti nak rasa jelous. Lepas tu, berusaha kumpul duit raya sebab nak menang "Sape lagi banyak duit raya?". Dengan semangat kental, sanggup pergi rumah ke rumah(yang tak dikenali tau) sebab nak kutip duit raya. Kalau tuan rumah bagi sikit (selalunya RM0.50 - RM 1.00), mesti nak marah-marah. "Ish ish ish, anak sapa la ni?". Sanggup redah panas terik sebab duit raya. Itu zaman kecik-kecik.

perghhh..
Masa kecik-kecik Part II (Menengah rendah)
Aktiviti-aktiviti kutip duit raya sudah berhenti beroperasi sebab rasa diri dah besar (tapi jelous tengok adik dapat pergi kutip duit). Dengan berbekalkan umur yang masih dianggap 'boleh terima duit raya', jumlah duit raya yang dikumpul agak tahan. Sebab dah besar sikit, so duit raya up jadi RM2-5. Bahagia tu~ 

Masa kecik-kecik Part III (Menengah tinggi). 
Aktiviti masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma kali ini kena sentiasa berkepit dengan mak sebab kena tolong kat dapur. Oh dem. Dengan berbekalkan muka bersimpati sekali lagi, duit raya dapat dikumpul tapi dengan jumlah sedikittt berkurang. Dislike this. Tanda-tanda muflis makin dekat.
muka stress giler *_*
Masa di Matriks
OK. Semua pakcik dan makcik dah makin meragui kebesaran saya untuk menerima duit raya. Tapi, jangan bimbang, duit raya still berjaya dikumpul. Dan lagi sekali semakin berkurangan. Yang paling best adalah..kadang-kadang ada makcik bagi duit lagi banyak dari adik, so kat situ dapat berbangga serba sedikit walaupun tumpas di saat-saat akhir. 

Masa Universiti
Emmmm. Jumlah duit raya yang dikumpul tak jauh berbeza dengan adik. Sebab dia pun sudah makin besar. Saya bahagia sebab ada geng. Yes! Tahap dimana duit raya semakin sikit. 
Ini TIDAK adil T-T
Masa sekarang (habis belajar walaupun belum kerja dan konvo)
Makcik panggil jangan balik lagi, nak bagi duit raya. Saya dari jauh dah tersenyum-senyum. Sengaja berjalan keluar dengan perlahan-lahan. Adik dan yang lain dah dalam kereta. Bila makcik sampai, ada satu sahaja sampul. Saya dah rasa tak sedap ati. Rupa-rupanya, dengan tersenyum makcik saya cakap "Duit raya ni untuk rina, awak tak payah kan, dah besar". Saya ambil sampul tu dengan berat hati. "Baikk". Dalam kereta, terus bukak, pastu tersenyum. Adik dah tanya, untuk dia tak ada ke? Saya tutup balik sampul tu, then  bagi pada adik semula.

Conclusionnya:
Semakin meningkat umur, semakin sedikit duit raya yang dapat dikumpulkan. 
Sepatutnya semakin meningkat usia, semakin banyak duit raya yang diberi. *Nenek saya dah up kan duit raya. YES!* 
1st day raya: 2 sampul raya sahaja T-T

peace
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...