Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Elakkan Jadi Badut di Hari Raya

Assalamualaikum

Hi peeps! Long time no see haa. Aku tak buat entry salam Ramadhan so aku nak sekalikan untuk entry ni terus. Salam Ramadhan for all muslims! Pada bulan Ramadhan ini ambil la peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik for example berhenti merokok, berhenti mengumpat dan berhenti fikir negatif tentang orang lain. Bila tak ada semua itu, feel great right?? Good. Bagi yang belum mencuba untuk berubah tu, cuba sekarang! best woo! 


OK. Ramadhan bakal berakhir, mesti ramai yang busy dengan persiapan baju raya, kuih raya, boyfriend raya..eh..bukan..dan raya bakal menjelma walaupun lambat lagi. hew hew. Actually aku nak tulis pasal makeup di hari raya nanti. Bukan ape, aku bimbang je budak-budak perempuan ni kalau dah excited nak raya, habis semua makeup dia tenyeh kat muka tu. Dah macam BADUT. 

aw aw. comel kan saya *malu 

Walaupun aku kurang makeup, tapi at least aku tau jugak mana yang cantik, mana yang tak. So here's the tips: 

1) Apabila mata dah sarat dengan perhiasan makeup, bahagian muka yang lain jangan terlalu heavy. Use nude color if possible. 
2) Cuba untuk seimbangkan warna-warna muka anda. 
3) Sesiapa yang pakai blusher, please sangat-sangat....jangan pakai terlalu TEBAL! 


This is basic rule of makeup i think. Kalau boleh jangan la makeup berlebihan. Kalau dapat kekalkan natural beauty, itu lagi terbaik! 

Tuesday, August 30, 2011

Typical Malaysian: Duit Raya ku~ T-T

Masa kecik-kecik (Sekolah rendah)

Hari raya memang hari yang paling dinanti-nantikan sebab gerenti dapat duit raya banyak punya. Asal pergi salam sahaja, mesti akan dapat sampul raya with money inside it \\(^-^)//. Kutip-kutip. Semua pakcik dan makcik akan diserang secara beradap dengan menghulur tangan nak salam *konon*. Pastu mula buat muka excited nak duit raya. Bila dah dapat, simpan terus dalam poket. Mula la poket makin gelembung so, handbag ibu jadi mangsa, penuh dengan kertas sampul. Bila masuk dalam kereta, first thing to do:- Buka sampul raya. Kira duit. $$$. Dah siap kira dengan senyuman melebar sampai ke telinga, compare jumlah duit raya dengan adik-beradik. Pantang kalau ada yang lebih sikit. Mesti nak rasa jelous. Lepas tu, berusaha kumpul duit raya sebab nak menang "Sape lagi banyak duit raya?". Dengan semangat kental, sanggup pergi rumah ke rumah(yang tak dikenali tau) sebab nak kutip duit raya. Kalau tuan rumah bagi sikit (selalunya RM0.50 - RM 1.00), mesti nak marah-marah. "Ish ish ish, anak sapa la ni?". Sanggup redah panas terik sebab duit raya. Itu zaman kecik-kecik.

perghhh..
Masa kecik-kecik Part II (Menengah rendah)
Aktiviti-aktiviti kutip duit raya sudah berhenti beroperasi sebab rasa diri dah besar (tapi jelous tengok adik dapat pergi kutip duit). Dengan berbekalkan umur yang masih dianggap 'boleh terima duit raya', jumlah duit raya yang dikumpul agak tahan. Sebab dah besar sikit, so duit raya up jadi RM2-5. Bahagia tu~ 

Masa kecik-kecik Part III (Menengah tinggi). 
Aktiviti masih lagi berjalan seperti biasa. Cuma kali ini kena sentiasa berkepit dengan mak sebab kena tolong kat dapur. Oh dem. Dengan berbekalkan muka bersimpati sekali lagi, duit raya dapat dikumpul tapi dengan jumlah sedikittt berkurang. Dislike this. Tanda-tanda muflis makin dekat.
muka stress giler *_*
Masa di Matriks
OK. Semua pakcik dan makcik dah makin meragui kebesaran saya untuk menerima duit raya. Tapi, jangan bimbang, duit raya still berjaya dikumpul. Dan lagi sekali semakin berkurangan. Yang paling best adalah..kadang-kadang ada makcik bagi duit lagi banyak dari adik, so kat situ dapat berbangga serba sedikit walaupun tumpas di saat-saat akhir. 

Masa Universiti
Emmmm. Jumlah duit raya yang dikumpul tak jauh berbeza dengan adik. Sebab dia pun sudah makin besar. Saya bahagia sebab ada geng. Yes! Tahap dimana duit raya semakin sikit. 
Ini TIDAK adil T-T
Masa sekarang (habis belajar walaupun belum kerja dan konvo)
Makcik panggil jangan balik lagi, nak bagi duit raya. Saya dari jauh dah tersenyum-senyum. Sengaja berjalan keluar dengan perlahan-lahan. Adik dan yang lain dah dalam kereta. Bila makcik sampai, ada satu sahaja sampul. Saya dah rasa tak sedap ati. Rupa-rupanya, dengan tersenyum makcik saya cakap "Duit raya ni untuk rina, awak tak payah kan, dah besar". Saya ambil sampul tu dengan berat hati. "Baikk". Dalam kereta, terus bukak, pastu tersenyum. Adik dah tanya, untuk dia tak ada ke? Saya tutup balik sampul tu, then  bagi pada adik semula.

Conclusionnya:
Semakin meningkat umur, semakin sedikit duit raya yang dapat dikumpulkan. 
Sepatutnya semakin meningkat usia, semakin banyak duit raya yang diberi. *Nenek saya dah up kan duit raya. YES!* 
1st day raya: 2 sampul raya sahaja T-T

peace

Friday, August 26, 2011

[Tips] | Muka Berseri di Pagi Raya?? Ketahui caranya~

Hari raya bakal menjelma beberapa hari lagi. Sedang-sedang sibuk membuat persiapan, mesti korang tak kan terlepas membuat persiapan awal lagi khas untuk muka-muka korang kan? Mesti la nak nampak cantik, comel dan handsome gitu. Manala tau dapat menambat mana-mana hati yang melihat korang nanti kan? U like, i like~ 
Kaum wanita sah-sah awal-awal lagi dah bersedia. Kesemua atau sebahagian checklist ni mesti telah tertunai sepanjang bulan Ramadhan ni kan. Jangan tipu la pada sesiapa yang katakan TIDAK *Macam iklan rokok la plak*. Semalas-malas saya pun, mesti ada jugak tepek-tepek krim muka tiap-tiap malam *kecuali la kalau sudah habis, ye tak?*. Ok, ini checklistnya. Lets check it out!

  • 1st thing in mind: Facial muka! 
    Sental-sental muka bagi licin bak cermin. *Guna berus dawai lagi cepat. Just joking hee*. Sesiapa yang berduit, boleh la hantar muka-muka korang ke pusat "dobi" berdekatan ye~. Bagi yang kurang ada $$, korang boleh apply mask, lepas cuci muka and hilangkan whitehead 0r blackhead, pastu apply krim muka aja. simple as that! 
                       

  • Rajin! 
    YUP! Korang kena rajin. Rajin menepek krim-krim muka tiap-tiap malam. Pastikan produk yang korang pakai memang terbukti keberkesanannya. Kalau sebelum ni pakai 3 bulan pun memang tak ada apa-apa kesan, ini kan pulak sebulan, seminggu nak beraya dah, baik tak payah la. Cari yang lain aje terus. Tak payah tunggu-tunggu. Ni nak promote produk Rizreni, memang ok. Lepas cuci muka, rajin-rajin sapu toner ye. Biar bagi lembap sikit untuk orang yang muka kering dan normal. 
    Klik disini untuk entry lama. Website Rizreni pon ada. Goggle ye ^-^

  • Arghhh matahari..Elakkan! 
    Seperti korang semua sedia maklum, pendedahan matahari kepada kulit kita secara berlebihan, boleh membawa kepada kanser. Tapi tak nak la sampai ke tahap tu kan? So, pakai Sunscreen ke, SunLotion, Sunflower ke *heee*.. sebelum keluar berjalan-jalan. Bagi peminat K-drama, cerita city hunter dimana arwah mak heroin pesan selalu pakai BB *cream, bukan hp ye, harap maklum* dan lipbalm sebelum keluar. Simple tapi dapat protect kulit muka, tak salah kan? 

  • Tido awal la dear~ZzzZzZZzz
    Part yang ni memang susah bagi saya. Dah nama pun student, memang la dah biasa tido lambat. ye tak kawan-kawan? Tapi saya dah habis belajar dan masih terbiasa dengan habit lama. huuu T-T. Conclusionnya, sila tido awal. Ini dapat membantu mengurangkan dark circle, eyebags, muka sembap dan sekutunya yang berkutu-kutu. 
            

  • Tips ini hanya untuk orang yang berjerawat! sila baca di bawah ni..
    AIS! Gunakan ais pada muka korang. Sesetengah orang tidak dapat menggunakan toner-toner yang khas untuk jerawat, apatah lagi untuk kulit normal, so, aplikasikan ais pada muka dengan sapu-sapu aja pada muka tiap-tiap malam. Sekerap yang boleh. InsyaAllah dengan izinNya, kecut la jerawat-jerawat tu. 
    *Terbukti berkesan kepada pelanggan mak saya*. Saya baru try sekali sebab hanya jerawat gatai yang muncul. hee. Tak salah mencuba kan? 
                  

Kaum laki pun tak salah untuk mencuba, tul tak? Tak kan nak pergi beraya rumah bakal mak mertua, muka berkerutu. Mesti nak segak-segak, dahi licin jugak kan?

Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya Aidilfitri 
*Sebab wish awal? Khas untuk pembaca yang jenguk blog saya sekilas pandang aja. Kesian diorg tau.*
peace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...