Assalamualaikum
![]() |
| InsyaAllah, it'll come true |
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat". Perempuan yang baik
itu insyaAllah akan dikurniakan jodoh yang baik jua. Siapa yang tak nak
dapatkan jodoh yang baik. Seorang suami yang dapat mendidik wanita itu dan
keluarga dari segi agama terutamanya. Sebab itu, diri sendiri kena berubah ke
arah yang baik dahulu supaya insyaAllah dapat dikurniakan pasangan yang baik
juga.
"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (Surah Al-Nur: ayat 26)
Tapi adakah jodoh yang datang itu akan hadir dalam bentuk yang
baik pada permulaannya? Aku sendiri tidak tahu. Possible juga jodoh yang hadir
itu akan datang dalam bentuk yang kurang baik. Sebagai contoh, seorang lelaki
yang disegani dan dihormati oleh penduduk-penduduk kampung disitu atas tingkah
lakunya yang baik dan aklaknya yang terpuji. Atas sebab dakwah, lelaki tersebut
dikahwinkan dengan seorang gadis yang mempunyai tingkah laku yang teruk dan
selalu ingkar perintahNya. Berbeza dengan perangai lelaki itu. Tapi, dengan
tanpa jemu si suami melayan kerenah si isteri dengan penuh kasih sayang, berdoa
kepadaNya bahawa satu hari nanti si isteri akan berubah ke arah kebenaran.
Dengan IzinNya, pintu hati si isteri terbuka dan perlahan-lahan berubah
berpandukan tunjuk ajar si suami.
Tapi ada kes yang sebaliknya. Si isteri tak berjaya diubah
perangainya sehingga si suami menjadi serik. Rumahtangga hancur berkecai. Aku
akan cakap, "tak ada jodoh la tu".
![]() |
| what 'bout me? |
Kalau semua perempuan or lelaki yang tak baik berpasangan dengan
lelaki or perempuan yang tak baik jugak, macam mana mereka nak insaf? Perangai
sendiri dah tak baik, persekitaran bersama pasangan pun dah tak baik, makin
bertambah tak baik la jadinya. Sebab itu ada kes seperti contoh yang aku
nyatakan kat atas tu. Atas dasar dakwah.
Jodoh ni rahsia Allah s.w.t. “Perempuan baik untuk lelaki yang
baik dan sebaliknya”, itu adalah sebagai peringatan kepada kita untuk mencari
pasangan yang baik dan bukannya bila kita baik, tup tup memang sah pasangan
kita pun baik. Nope nope nope.
![]() |
| Hal jodoh itu rahsia |
So mari kita berdoa dari awal supaya dikurniakan jodoh dan
pasangan yang baik. Amin.
Nota kukukaki: Aku nak yang baik sebab aku sendiri kurang baik.
Boleh? Hohoho ^0^


