Showing posts with label perempuan baik untuk lelaki baik. Show all posts
Showing posts with label perempuan baik untuk lelaki baik. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Jodoh Itu Rahsia


Assalamualaikum



InsyaAllah, it'll come true




"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat". Perempuan yang baik itu insyaAllah akan dikurniakan jodoh yang baik jua. Siapa yang tak nak dapatkan jodoh yang baik. Seorang suami yang dapat mendidik wanita itu dan keluarga dari segi agama terutamanya. Sebab itu, diri sendiri kena berubah ke arah yang baik dahulu supaya insyaAllah dapat dikurniakan pasangan yang baik juga.




"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (Surah Al-Nur: ayat 26)




Tapi adakah jodoh yang datang itu akan hadir dalam bentuk yang baik pada permulaannya? Aku sendiri tidak tahu. Possible juga jodoh yang hadir itu akan datang dalam bentuk yang kurang baik. Sebagai contoh, seorang lelaki yang disegani dan dihormati oleh penduduk-penduduk kampung disitu atas tingkah lakunya yang baik dan aklaknya yang terpuji. Atas sebab dakwah, lelaki tersebut dikahwinkan dengan seorang gadis yang mempunyai tingkah laku yang teruk dan selalu ingkar perintahNya. Berbeza dengan perangai lelaki itu. Tapi, dengan tanpa jemu si suami melayan kerenah si isteri dengan penuh kasih sayang, berdoa kepadaNya bahawa satu hari nanti si isteri akan berubah ke arah kebenaran. Dengan IzinNya, pintu hati si isteri terbuka dan perlahan-lahan berubah berpandukan tunjuk ajar si suami.








Tapi ada kes yang sebaliknya. Si isteri tak berjaya diubah perangainya sehingga si suami menjadi serik. Rumahtangga hancur berkecai. Aku akan cakap, "tak ada jodoh la tu".





what 'bout me?





Kalau semua perempuan or lelaki yang tak baik berpasangan dengan lelaki or perempuan yang tak baik jugak, macam mana mereka nak insaf? Perangai sendiri dah tak baik, persekitaran bersama pasangan pun dah tak baik, makin bertambah tak baik la jadinya. Sebab itu ada kes seperti contoh yang aku nyatakan kat atas tu. Atas dasar dakwah.






Jodoh ni rahsia Allah s.w.t. “Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya”, itu adalah sebagai peringatan kepada kita untuk mencari pasangan yang baik dan bukannya bila kita baik, tup tup memang sah pasangan kita pun baik. Nope nope nope.




Hal jodoh itu rahsia





So mari kita berdoa dari awal supaya dikurniakan jodoh dan pasangan yang baik. Amin.




Nota kukukaki: Aku nak yang baik sebab aku sendiri kurang baik. Boleh? Hohoho ^0^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...