Wednesday, November 16, 2011

Jodoh Itu Rahsia


Assalamualaikum



InsyaAllah, it'll come true




"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat". Perempuan yang baik itu insyaAllah akan dikurniakan jodoh yang baik jua. Siapa yang tak nak dapatkan jodoh yang baik. Seorang suami yang dapat mendidik wanita itu dan keluarga dari segi agama terutamanya. Sebab itu, diri sendiri kena berubah ke arah yang baik dahulu supaya insyaAllah dapat dikurniakan pasangan yang baik juga.




"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (Surah Al-Nur: ayat 26)




Tapi adakah jodoh yang datang itu akan hadir dalam bentuk yang baik pada permulaannya? Aku sendiri tidak tahu. Possible juga jodoh yang hadir itu akan datang dalam bentuk yang kurang baik. Sebagai contoh, seorang lelaki yang disegani dan dihormati oleh penduduk-penduduk kampung disitu atas tingkah lakunya yang baik dan aklaknya yang terpuji. Atas sebab dakwah, lelaki tersebut dikahwinkan dengan seorang gadis yang mempunyai tingkah laku yang teruk dan selalu ingkar perintahNya. Berbeza dengan perangai lelaki itu. Tapi, dengan tanpa jemu si suami melayan kerenah si isteri dengan penuh kasih sayang, berdoa kepadaNya bahawa satu hari nanti si isteri akan berubah ke arah kebenaran. Dengan IzinNya, pintu hati si isteri terbuka dan perlahan-lahan berubah berpandukan tunjuk ajar si suami.








Tapi ada kes yang sebaliknya. Si isteri tak berjaya diubah perangainya sehingga si suami menjadi serik. Rumahtangga hancur berkecai. Aku akan cakap, "tak ada jodoh la tu".





what 'bout me?





Kalau semua perempuan or lelaki yang tak baik berpasangan dengan lelaki or perempuan yang tak baik jugak, macam mana mereka nak insaf? Perangai sendiri dah tak baik, persekitaran bersama pasangan pun dah tak baik, makin bertambah tak baik la jadinya. Sebab itu ada kes seperti contoh yang aku nyatakan kat atas tu. Atas dasar dakwah.






Jodoh ni rahsia Allah s.w.t. “Perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya”, itu adalah sebagai peringatan kepada kita untuk mencari pasangan yang baik dan bukannya bila kita baik, tup tup memang sah pasangan kita pun baik. Nope nope nope.




Hal jodoh itu rahsia





So mari kita berdoa dari awal supaya dikurniakan jodoh dan pasangan yang baik. Amin.




Nota kukukaki: Aku nak yang baik sebab aku sendiri kurang baik. Boleh? Hohoho ^0^


18 comments:

shamyheart said...

Ya ALLAH, barikanlah kami jodoh yang baik dan awal pula (percepatkanlah jodoh kami)

serius blog aku teruk, sedihnya

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

bertemu jodoh yg baik perlu ada usaha :)

insyaAllah Allah akan tunjukkan jalannya :)

Syaiful said...

ceritera jodoh...hmm

Ain Zulaikha said...

jodoh is magik kan :)

nazirah said...

insyaAllah .. yang baik itu untuk yg baik.. Allah tahu segalanye ;)

Admin said...

jodoh pertemuan dan ajal maut memang manusia x boleh nak tau sebab ini adalah ketentuan Allah..

Anonymous said...

toksah nak kawin awal sgt la kan :nah :P

Sir Pök Déng said...

Pandai.

Rosalia said...

jd kn dri kita baik dulu itu lebih bgs sblm mencari yg terbaik:)

Siti Safiyyah said...

nak tau tak, ss setiap kali habis solat mesti doa dapat jodoh yg baik. hehe. macam dh gatai2 nak nikah dah ni :p

N'Craft said...

@Sha my heart
aminn :D

@Yna
betui tuu! :D

@syaiful
ye nape mr.ringkas?hihi

@Ain Zulaikha
sangat sangat magikk~ auwww

@nazirah
tul tul :D

@Phat
:angguk

@reynn
kalau dah tahap kena kawen, baik kawen kan? tunggu calon luuu reynn..hihi

@Sir Pok Deng
thanx.^^

@Rosalia
kita kena jadi yang baik.insyaAllah

@Siti safiyyyah
rainys ponnn. :malu

Jiwa Kamikaze said...

jgn terletak 100% pd jodoh tp sebaliknya usaha adalah penting,xsemua manusia sekarang baek tp kearah yg baek ada ramai cuma pelaksanaan jer masih goyah. pndai2 la usaha,..peace,..

nurul diana said...

sye kecik lg , so x nak pkir psal jodoh :)

ekabukanmakcikkau. said...

sebab tulah takyah kapel kapel kannnnn? (:

najwaMazlan said...

saya nak bakal suami tahfiz. tapi seperti yang akak kata, jodoh itu rahsia Allah. :')

fiey ahmads said...

suka post nih..buat korg yang belum kawen doa lah agar mendapat suami yang soleh :)

fiey ahmads said...

owh..anyway follow sini :))

ainur said...

insyaAllah...hmm...calon pn xde lg ni...erm..tggu calon dr Allah je lh..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...