Assalamualaikum
| Mana gigi atuk? |
"Setiap orang akan merasa hari tua"
Siapa
agak-agaknya yang akan jaga kita bila dah tua nanti? Anak-anak or pengasuh
orang tua? Tak pun, jaga diri sendiri? Time kita muda ni pun dah banyak
kes pasal orang tua terbiar. Anak ada 8 orang tapi sorang pun tak datang
menjenguk. Terpaksa la orang tua tu duduk kat rumah usang dengan bergantung
kepada belas kasihan penduduk kampung. Itu kes zaman sekarang.
Anak makin busy dengan hal duniawi
Dunia
dah makin maju, kos sara diri pun dah makin meningkat. Sebab tu orang zaman
sekarang makin banyak luangkan masa di pejabat berbanding di rumah. Even anak
sendiri pun boleh terbiar, inikan pulak ibu bapa sendiri. Segala hal keluarga,
orang gaji yang paling tahu sebab dia yang menjaga ibu bapa orang tu. Tu pun
nasib baik ada orang gaji. Kalau tak ada?
Kekayaan yang paling utama di dunia ini
Ada
orang sanggup ketepikan ibu bapa dan keluarga sendiri demi kekayaan
semata-mata. Padahal kekayaan tula yang membutakan mata hati orang tu. Nak
disuruh jaga orang tua sendiri pun tak nak. Ibaratkan beban yang teramat
sangat. Padahal bukan wang ringgit yang diminta orang tua, cuma kasih sayang.tapi juga yang mintak duit.hihi
| korang nak ke duduk kat rumah ni? |
Orang tua banyak kerenah
Aku
admit. Sebab aku sendiri pernah merasa menjaga nenek aku yang sakit. Perangai
budak kecil boleh lagi nak dihalang, tapi orang tua memang tersangat degil.
Sedegil-degil orang tua, kita kena la cakap dengan baik. Hormat pada mereka.
Kalau nak dibandingkan menjaga anak kecil, jaga orang tua lagi memenatkan (yang
degil). Sebab tu anak-anak kena bergilir-gilir jaga dan bukannya lepas tangan.
Kenangan pahit semasa kecil
Sesetengah
orang kurang bertuah, bila mak ayah mempunyai perangai berbeza dari ibu bapa
yang lain. Panas baras salah satunya. Kemungkinan perangai panas baran seorang
ayah pada masa dulu, buat si anak menyimpan dendam. “Bila kau dah tua, siap
kau” kata kecil si anak. Adalah possible jika orang tua telah diabaikan kerana
kejadian pada zaman silam.
| being baby is so much fun! |
"Nak jadi kanak-kanak riang selamanya boleh?"
Walau macam mana pun perangai ibu bapa kita, jaga la mereka
di hari tua mereka. Dan InsyaAllah anak-anak korang akan menjaga korang dengan
baik di masa tua korang kelak. Dan sebaliknya.
Selamat
berfikir ^^
Nota kukukaki: Nenek aku nampak happy giler time raya semalam. Ramai orang datang jenguk dia.hihi.
7 comments:
Jaga lah orang Tua kita sebaik mungkin,seperti mereka menjaga kita semasa kecil dulu.
boleh hidup sampai ke tua ke tak yer.. hmmm
@Adean
betui tu. :D
@Cik YuU
ermmmm...ermmmm...asal umur panjang. tak panjang, sekarang pon dah boleh start berbakti kat parents. hihihi
Kalau lelaki ada lebih daripada seorang bini, wajib adil pada semuanya. Contohnya, kalau laki tu pergi pasar untuk beli udang untuk bini 1, bini-bini lain juga mesti dapat udang (tak boleh sorang dapat udang, sorang dapat ikan kembung), melainkan masing-masing redha dengan apa yang berlaku atau bini 1 nak makan udang tapi bini 2 allergic dengan udang. That's what I learned in high school.
I think it can also be applied on our children.
My late Father once bought me a bicycle, so that I can cycle to school. Apparently he didn't do the same thing for my sis. She hates me ever since.
Assalamualaikum,
sangat setuju dengan pendapat anda...satu hari nanti,kita juga akan tua juga kalau panjang umur
mcm 2 la manusia kan.....da senang lupa parents...
@Sir Pok Deng
abang din???
@anyss
waalaikumussalam. kalau panjang umur..tul2
@Fendy
orang zaman sekarang.
Post a Comment